Courtois Sedih Dimaki Penyokong Chelsea Walaupun Masih Mahu Berhubung Dengan Mereka

Thibaut Courtois menyatakan beliau masih mahu membina perhubungan dengan penyokong Chelsea tetapi dikejutkan dengan kata-kata makian daripada penyokong Chelsea.

Courtois jelas sekali masih mahu ada kaitan dengan Chelsea seperti mana bekas pemain lain.

Courtois mendakwa penyokong Chelsea memaki beliau kerana tak dapat menerima keputusan beliau pergi ke Real Madrid atas alasan keluarga.

“Ianya membuatkan saya sedih. Jelas sekali mereka tidak tahu hal yang sebenar.”

“Rasanya saya sudah membuat keputusan untuk pergi pada Mac lalu dan saya ingatkan kelab dah menerimanya.”

Kenyataan Courtois ini agak pelik kerana Maurizio Sarri jelas mahukan pemain itu kekal.

Dan jika beliau tak nak melanjutkan kontrak sekalipun, beliau masih ada baki kontrak dengan Chelsea. Yang rugi pastinya Chelsea jika kontrak beliau tamat dan jadi ejen bebas.

Kontrak yang ada harus dihormati dan beliau pula dilaporkan 2 kali ponteng latihan kerana mendesak perpidahan ke Real Madrid.

Beliau perlu melapor diri ke kem pra-musim seperti mana Willian dan Eden Hazard yang dilaporkan juga masih belum melanjutkan kontrak.

Courtois ada alasan tersendiri, ini kerana beliau merasakan kelab dah ada perancangan baru tanpa membabitkan beliau kerana beliau dah maklumkan niatnya Mac lalu. Beliau berkata:

“Saya tak datang ke London, melapor diri ke kem latihan kerana saya rasa, lebih baik tak mengganggu pasukan yang sedang berlatih. Saya tak mahu jadi racun.”

“Jelas sekali, saya sedih kerana saya sayangkan Chelsea. Saya suka bermain di sana.”

Penyokong Chelsea juga marah apabila Courtois memuji corak latihan berkualiti tinggi di Real Madrid, seolah-olah di Chelsea latihan tak cukup berkualiti.

“Saya tak pernah berniat begitu. Saya cuma nak cakap yang latihan di sini mungkin lebih laju.”

“Tentang kualiti pasukan Real Madrid, saya tak kata yang Chelsea tiada kualiti. Saya sentiasa gembira di Chelsea.”

“Saya ke sini kerana inilah peluang saya untuk balik ke Sepanyol dan duduk dekat dengan anak saya. Ia penting untuk saya.”

Beliau yakin ramai penyokong Chelsea yang faham keputusannya. Dan beliau mengucapkan selamat maju jaya.

“Saya gembira mereka menang kesemua 4 perlawanan awal musim ini, harap mereka menang EPL musim ini.”

Sebelum ini penyokong Chelsea menghujani hantaran facebook Courtois dengan kata-kata penuh amarah ketika pemain itu mengucapkan salam perpisahan.

Hantaran itu terpaksa dipadamkan tidak lama selepas itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN