Courtois: “Saya Masih Antara Yang Terbaik Di Dunia, Walaupun Media Sepanyol ‘Membunuh’ Saya”

Thibaut Courtois membuka mulut tentang kegeraman beliau ke atas media Sepanyol yang disifatkan beliau – mahu membunuh karakternya.

Courtois melakukan kesilapan kelakar ketika aksi menentang Rusia. Namun Courtois menganggap kesilapan itu tidak menggambarkan prestasi secara keseluruhan beliau. Courtois masih percaya dirinya masih salah seorang penjaga gol elit di dunia.

Penjaga gol Real Madrid tersebut telah ‘memberikan’ bola kepada Denis Cheryshev dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Eden Hazard pastinya menjadi penyelamat malam Courtois – apabila aksi cemerlang Hazard membantu Belgium menang 3-1.

Courtois bergelut pada musim pertama beliau di Bernabeu. Dan dalam perlawanan pertama ‘kepulangan Zidane’ – Courtois disisihkan ke bangku simpanan untuk memberikan laluan kepada Keylor Navas.

Navas merupakan penjaga gol utama pilihan Zidane dalam 3 kejuaraan UCL sebelum ini. Sekaligus ramai merasakan Courtois kini dalam bahaya.

Courtois berkeras bahawa kesilapan ketika menentang Rusia tidak akan mengganggu statusnya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.

Courtois berkata: “Saya masih merasakan saya salah seorang yang terbaik. Walaupun media di Sepanyil mahu membunuh saya.”

https://twitter.com/footballscores/status/1109025187054473216

“Namun saya rasa kuat dan tenang kerana saya berlatih dengan baik dan bermain dengan baik.”

“Itu kesilapan yang kecil. Itulah kehidupan seorang penjaga gol. Namun begitu, saya tetap tenang sepanjang perlawanan.”

Eden Hazard pula bergurau dengan wartawan tentang kesilapan Courtois itu. Hazard berkata: “Thibaut Courtois terlalu banyak menonton video saya dan cuba menirunya. Namun malangnya beliau terlalu tinggi. Jadi ianya bukan senang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasĀ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN