Costinha: Hanya Yang Cemburu Tidak Menyayangi Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo

Bekas pemain Porto dan skuad kebangsaan Portugal, Costinha mengakui rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo tidak akan mencapai tahap seperti ketika ini sekiranya beliau tidak berusaha keras dalam menjadikannya sebagai antara pemain terbaik di dunia.

Selain daripada berpeluang berada bersama dalam kem skuad kebangsaan, Costinha yang pernah dijemput Jose Mourinho ke Pusat Latihan Real Madrid sewaktu pengendali tersebut membimbing Los Blancos pada tahun 2012 melihat sendiri sikap Ronaldo ketika sesi latihan.

Seperti diketahui, Ronaldo adalah seorang pemain yang begitu gigih dalam usaha meningkatkan kualiti yang ada pada dirinya.

”Para pemain Madrid melakukan latihan rembatan untuk menewaskan penjaga gol dengan 20 percubaan, dia [Cristiano Ronaldo] terlepas satu peluang. Manakala hampir kesemua rakan sepasukannya melakukan enam hingga 10 percubaan tersasar.”

”Apabila dia terlepas peluang tersebut, semua orang mula bergurau dengannya dan dia menjadi sangat kecewa. Dia kemudiannya mengambil beg bola dan melakukan latihan rembatan secara berseorangan.”

”Baginya, dia perlu untuk menyepak kesemua 20 bola tersebut dengan baik [menjaringkan gol]. Berapa ramai pemain yang melakukan sedemikian?” ujar Costinha kepada Goal.

”Itu telah menunjukkan karakternya. Dia tidak akan membenarkan dirinya mensia-siakan walau satu peluang pun. Itu sangat penting.”

”Beberapa orang melihat dia begitu kecewa ketika di padang sekiranya dia tidak melakukan hantaran dengan baik atau dia memiliki percubaan yang kurang baik dan mereka memahaminya. Karakternya sememangnya sebegitu.”

”Saya juga turut tanya kepada Mourinho selepas sesi latihan: ‘Ada yang berlaku dengan Cristiano Ronaldo?’ Dia mengatakan bahawa tinggalkan dirinya dan dia akan menjadi lebih bersedia.”

”Dia sangat fokus terhadap apa dilakukannya sehingga dia tidak boleh menerima sebarang kesilapan, terutamanya apabila semua orang bergurau dan mereka tahu ia akan membuatkan dia kecewa. Dia adalah seorang pemain yang hebat.”

”Anda tidak mungkin untuk tidak menyayangi Ronaldo melainkan anda cemburu dengannya. Dia seorang yang merendah diri dan saya gembira melihat kejayaan dinikmatinya hari ini.”

”Saya melihat dia berusaha untuk menjadi yang terbaik dan saya merupakan orang Portugal, jadi dia membuatkan saya berasa bangga,” tambah Costinha lagi.

Kredit featured image: Dean Mouhtaropoulos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply