Copa del Rey: Real Madrid, Barcelona Buru Kemenangan Moral Di El Clasico Pertama Minggu Ini

Salah satu perlawanan bola sepak yang paling mendapat tumpuan dunia kini kembali. Minggu ini, kita akan dihidangkan dengan perlawanan sedemikian sebanyak dua kali. Real Madrid dan Barcelona akan beraksi di dalam dua edisi El Clasico untuk tempoh empat hari berikutnya.

Bagi mereka yang neutral, ini adalah perlawanan bola sepak yang mahu kita nikmati. Namun bagi penyokong kedua-dua pasukan- ia perseteruan klasik yang hanya mahu dimegahkan dengan kemenangan.

Separuh akhir kedua

Real Madrid akan menjadi tun rumah kepada Barcelona di separuh akhir kedua Copa del Rey -setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Nou Camp pada 7 Februari lalu.

Ini adalah pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pasukan di Estadio Santiago Bernabeu. Pertemuan pertama dalam saingan La Liga di Nou Camp berakhir dengan Barcelona membelasah Real Madrid 5-1- sekaligus mengakhiri tempoh Julen Lopetegui bersama Los Blancos pada Oktober lalu.

Real kini adalah pasukan yang jauh berbeza berbanding perlawanan pertama pada awal Februari ketika jaringan Lucas Vazquez memberikan pendahuluan hanya untuk disamakan oleh jaringan Malcom untuk Barcelona.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, misi Real Madrid adalah jelas iaitu untuk menamatkan dominasi Barcelona di dalam pertandingan ini. Copa del Rey adalah pertandingan yang telah dimenangi oleh Lionel Messi dan rakan-rakan selama empat musim berturut-turut.

Pemain yang mungkin tidak beraksi disebabkan kecederaan:

Barcelona: Thomas Vermaelen, Rafinha, Jeison Murillo, Kevin-Prince Boateng, Jean-Clair Todibo, Sergi Samper (out)

Real Madrid: Marcos Llorente, Isco (berkemungkinan)

Kesebelasan utama yang dijangkakan:

Barcelona (4-3-3): Ter Stegen; Roberto, Piqué, Umtiti, Alba; Rakitic, Busquets, Vidal; Messi, Suárez, Dembélé

Real Madrid (4-3-3): Navas; Carvajal, Varane, Ramos, Marcelo; Kroos, Casemiro, Modric; Vázquez, Benzema, Vinicius

Rumusan

Perlawanan akan berlangsung pada jam 4:00 pagi nanti. Kemenangan bukan sahaja akan menjanjikan tempat ke perlawanan akhir Copa Del Rey untuk musim 2018/19. Malah ia juga akan memberikan suntukan moral positif untuk El Clasico seterusnya yag dijadualkan pada hujung minggu nanti untuk saingan La Liga.

Real Madrid atau Barcelona? Pasukan manakah pilihan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN