Copa America: Lionel Scaloni Puji Permainan Argentina Dan Kutuk Kualiti Padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni mengkritik kualiti padang di Salvador – yang menurut beliau merencatkan taktikal Argentina – sekaligus membuatkan mereka tewas di tangan Colombia dalam aksi pembukaan Copa America.

2 gol Colombia menerusi ‘screamer’ oleh Roger Martinez dan Duvan Zapata, menyaksikan Colombia mengutip 3 mata ke atas pasukan pilihan kumpulan B.

Ini merupakan kekalahan pertama Argentina dalam perlawanan pembukaan Copa America sejak 1979. Dan ianya juga kekalahan pertama mereka di tangan Colombia sejak 2007.

Pengendali Argentin, Lionel Scaloni tidak gembira dengan mutu padang dan menyifatkan kondisi padang sebagai memalukan. Beliau berkata: “Saya rasa, keadaan padang agak memalukan, dengan mengambil kiri ini baru perlawanan pertama di sini.”

“Saya tidak tahu apa akan jadi kepada padang ini selepas 2 ataupun 3 perlawanan nanti. Sepatutnya, padang yang berkualiti harus dipersiapkan sejak perlawanan pertama, untuk para pemain ini beraksi.”

“Saya rasa, ianya memang memalukan.”

Scaloni tidak menafikan Colombia pasukan yang baik dan lebih fokus sepanjang perlawanan. Dan beliau tidak setuju dengan kenyataan bahawa Argentina bermain teruk.

“Saya berpendapat, Colombia pasukan yang bagus. Mereka sangat fokus tidak kira apa jua keadaan. Paling penting kami bermain bagus menentang mereka. Kadangkala mereka lebih baik, dan adakalanya kami pasukan lebih baik.”

Seterusnya, Scaloni melabel Colombia mendapat gol dengan corak serangan balas dan bukannya daripada penguasaan bola.

“Namun itu adalah kitaran permainan yang kami harus adaptasi. Kami bermain dengan baik. Gol-gol mereka adalah daripada serangan balas terutama separuh masa kedua.”

Scaloni berharap mereka akan bangkit menentang Paraguay dalam perlawanan kedua. Pasukan yang turut keciciran mata berhadapan dengan Qatar.