Copa America: Brazil Menang Kontroversi Selepas Bangkit Padam ‘Golazo’ Luis Diaz

Colombia menamatkan saingan Kumpulan C Copa America 2021 dengan penuh kekecewaan selepas kekalahan kontorversi 2-1 kepada Brazil.

Gol cantik Luiz Diaz memberikan Colombia pendahuluan pada minit ke-10 perlawanan. Brazil mendominasi permainan tetapi bergelut untuk menghukum bahagian pertahanan Colombia.

Bahagian serangan Brazil dengan mudah dikekang oleh Colombia pada babak pertama perlawanan, membenarkan Colombia memulakan separuh masa kedua dengan kelebihan.

Namun demikian segalanya berubah apabila Brazil memasukkan Roberto Firmino selepas waktu rehat. Penyerang Liverpool itu berjaya menhadirkan kreativiti yang hilang pada babak pertama perlawanan.

Neymar paling hampir untuk menjaringkan gol pada minit ke-66 apabila berjaya menggelecek penjaga gol. Namun malang buat penyerang PSG itu apabila percubaan beliau selepas itu sekadar mengena tiang gol.

Colombia pula terus cuba mengekalkan bentuk pertahanan yang kompak pada babak kedua perlawanan, namun benteng yang dibina mulai runtuh bermula dengan babak kontroversi pada minit ke-78 perlawanan.

Insiden kontroversi apabila bola terkena badan pengadil, Nestor Pitana. Pengadil daripada Argentina itu bertindak mengelirukan apabila seolah-olah mahu meniup wisel untuk memulakan kembali perlawanan. Momen itu menyebabka pemain-pemain Colombia seperti berhenti bermain.

Namun Pitana tidak meniup wisel beliau. Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Brazil. Lodi pantas melakukan hantaran lintang yang disempurnakan oleh Firmino. Pemain-pemain Colombia jelas tidak gembira dengan apa yang berlaku.

Semakan VAR turut dilakukan dan perbincangan panas turut berlaku di dalam padang, tetapi jaringan Firmino tetap dikekalkan.

Situasi perlawanan kemudiannya berubah menjadi panas dengan deretan kekasaran berlaku sehingga memasuki tempoh 10 minit masa tambahan.

Brazil meningkatkan tempo serangan dan ia membuahkan hasil pada minit ke-100 apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui tandukan Casemiro.

Kali ini Colombia tiada alasan kerana benteng pertahanan mereka gagal menghalang hantaran Neymar mencari Casemiro yang langsung tidak dikawal.

Kemenangan tersebut membenarkan Brazil muncul juara Kumpulan B dengan sembilan mata dari tiga perlawanan. Colombia kekal di kedudukan kedua dengan empat mata. Peluang kemaraan Colombia ke pusingan seterusnya kini bergantung kepada aksi perlawanan lain.

 

Baca artikel menarik lain:

Task baru:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Pakatan Kapten & Pemain Bintang Yang Bersekongkol Boikot Copa America 2021

Apakah Punca Colombia Dibatalkan Hak Jadi Tuan Rumah Copa America 2021?

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply