Copa America: Brazil Juara Atasi Peru Dengan 10 Pemain Di Pentas Final

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Brazil menjuarai Copa America 2019 selepas menewaskan Peru 3-1 di aksi final yang dilangsungkan di Stadium Maracana yang ikonik.

Gabriel Jesus dibuang padang pertengahan babak kedua. Beliau ternyata bengang dengan pengadilan dan VAR. Ketika berjalan menuju bilik persalinan, Gabriel Jesus sempat menumbuk boot VAR.

Bintang kejohanan kali ini, Everton membuka tirai jaringan untuk pasukan Tite. Ianya berpunca daripada umpanan Daniel Alves. Everton tidak dikawal, menyempurnakan peluang tersebut.

Peru kemudian menjaringkan gol penyamaan menerusi penalti oleh penyerang veteran Paolo Guererro pada minit ke-44.

Namun begitu, Gabriel Jesus menjaringkan gol sebelum tamat separuh masa. Jesus menjaringkan gol pada masa kecederaan +3. Ianya berpunca daripada umpanan oleh Arthur.

Bersambung babak kedua, pemain Manchester City itu mengutip kad kuning kedua kerana cabaran beliau ke atas Carlos Zambrano.

Ketika Peru cuba untuk menggunakan kelebihan seorang pemain untuk menyamakan kedudukan, Brazil menyempurnakan kemenangan – juga menerusi penalti pada minit ke-90 dari Richarlison untuk mereka mengesahkan kejuaraan.

Penalti itu diberikan selepas Zambrano mengasari Everton. Pengadil melakukan semakan VAR dan memberikan penalti.

Perlawanan tamat 3-1. Ini adalah kejuaraan benua yang pertama Brazil sejak kali terakhir melakukannya pada 2007. Satu tempoh yang agak lama untuk pasukan seperti mereka.

Berikut adalah rumusan Copa America 2019:

β—† Juara : Brazil
β—† Anugerah Fair Play: Brazil
β—† Penjaga gol terbaik: Alison
β—† Kasut Emas: Everton
β—† Pemain Terbaik: Dani Alves
β—† Final – Man of The Match: Everton