Conte Perbetulkan Wartawan, Hazard Tak Sama Peranan Dengan Iniesta

Jurulatih seperti Antonio Conte antara yang kami suka ikuti sidang media beliau kerana kami boleh belajar banyak istilah taktikal.

Bulan lalu beliau menjelaskan beliau perlukan target man di dalam pasukan. Ketika bersama Itali beliau pernah betulkan analisis taktikal di tv.

Dalam sidang media perlawanan UCL di antara Barcelona dan Chelsea, wartawan bertanya komen beliau tentang Hazard yang bermain seperti mana Iniesta di Barcelona sebagai pemain sokongan kepada penyerang utama.

Terus Antonio Conte memperbetulkan aspek teknikal dan taktikal itu. Jadi beliau tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan berkata:

“Hazard adalah pemain no.10 dan Iniesta adalah pemain tengah. Sudah jelas mereka berdua adalah 2 pemain berbeza (dari segi peranan).”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Barcelona’s Lionel Messi celebrates scoring his side’s first goal with Andres Iniesta during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

“Hazard adalah perancang (no.10) yang boleh bermain sebagai ‘false forward’ (false 9). Apa yang pasti, 2 pemain ada karier berbeza.”

Beliau kemudian memberikan penghargaan dan menzahirkan kekaguman beliau kepada Iniesta. Dan cuma boleh membandingkan 2 pemain ini dari segi karier bukannya persamaan peranan di dalam pasukan.

“Iniesta sudah memenangi banyak kejuaraan dan Hazard dalam proses untuk mula mencapai lebih banyak kejuaraan dalam karier beliau.”

Bercerita lebih lanjut tentang Iniesta, Conte berharap pemain itu akan dapat beraksi dalam perlawanan itu nanti. Iniesta tercedera dalam perlawanan menentang Atletico.

Namun pihak Barcelona sudah memberikan lampu hijau pemain itu mungkin boleh bermain.

“Kita bercakap tentang pemain yang hebat. Jelas sekali, Iniesta salah seorang daripadanya, untuk dia dan pemain sepertinya yang menjadi sebahagian daripada sejarah Barcelona seperti Pique dan Busquet, serta banyak lagi pemain hebat lain.”

“Apabila kita berbicara soal seorang genius dalam padang, saya boleh katakan Iniesta adalah seperti Pirlo. Saya berharap dia akan dapat bermain kerana saya tidak mahu pemain seperti beliau terlepas perlawanan seperti ini kerana kecederaan.”

Beliau juga sukakan padang Nou Camp yang lebar dan akan membolehkan pemain seperti Willian serta bek sayap beliau menikmatinya.

Conte juga tahu ramai pemain beliau tidak pernah merasai pengalaman beraksi di Nou Camp menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia.

Chelsea akan turun menentang Barcelona pada awal pagi esok. Setakat ini, 2 pasukan Inggeris, Liverpool dan Man. City sudah sah mara. Manakala Man. United dan Spurs sudah tersingkir.

Giliran Chelsea pula kali ini untuk menentukan sama ada mereka akan menjadi pasukan Inggeris ke-3 yang mara ke suku akhir ataupun yang ke-3 tersingkir daripada peringkat 16 pasukan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN