Conte Perjelas Insiden Menarik Pembantunya, Ini Semua Kerana Kante Main Tak Betul

Antonio Conte mengakui dia menyukai N’golo Kante dan sentiasa berpendapat pemain ini sangat luar biasa.

Namun satu perkara yang beliau tidak gemari ketika melihat aksi Kante di dalam padang adalah cara pemain ini menghantar bola.

Ia adalah membabitkan isu untuk membina serangan (build-up) yang sangat penting perlu ada pada seorang pivot.

Harap pembaca semuanyaBOLA ingat kata kunci di atas ini, pivot dan build up.

Antonio Conte berkata:

“Saya ni ada satu perangai. Apabila saya nampak benda tak betul di padang saya rasa saya boleh ‘bunuh’ orang.”

Ia disambungnya dengan ketawa. Conte menerangkan sikapnya yang cepat geram dan reaktif di tepi padang.

Ianya kerana wartawan mahukan penjelasan insiden beliau dengan pembantu beliau ketika perlawanan menentang Arsenal.

Antonio Conte dilihat menarik pembantunya Angelo Alessio dengan ganas sekali.

Beliau menjelaskan lagi:

“Saya marah kerana Kante sepatutnya track back kawasan Moses, ketika Moses pergi turun membantu mengawal 6 pemain Arsenal ketika sepakan penjuru.”

“Dia tidak berbuat demikian. Saya geram dan menarik keluar Alessio, minta dia tolong beritahu kita tak cukup orang ketika berhadapan corner.”

“Tentang Alessio, anda tak perlu risau. Dia telah menjadi ‘tangan kanan’ saya sekian lama. Dia dah faham perangai saya.”

“Tapi itulah, malangnya asyik dia sahaja yang selalu menjadi ‘mangsa’ saya selama bertahun-tahun.”

Kante perlu tingkatkan beberapa aspek

“Kante pemain yang luar biasa. Dia membawa banyak kuantiti dan juga kualiti.”

“Namun dia masih perlu meningkatkan banyak aspek dalam build-up pasukan.”

“Hantaran dia kerap horizontal (mendatar ke sisi). Dia perlu menghantar bola itu vertikal (terus ke hadapan).”

“Saya dulu ketika menjadi pemain bermain sama seperti dia. Jadi saya faham.”

“Dia pemain yang baik, sentiasa membantu rakan sepasukan.

“Dia pembelian yang berharga walaupun dia sering keletihan ketika menghampiri kawasan gol.”

“Dia masih muda dan banyak ruang untuk bertambah lebih baik.”

Tentang kejuaraan EPL

“Anda tidak boleh bercakap kejuaraan liga waktu ini. Kerana apa-apa sahaja masih boleh berlaku.”

“Itulah yang berlaku ketika kami (Chelsea) bergelut pada permulaan dan mengubah kedudukan kami selepas itu.”

“Pasukan lain pun boleh melakukannya. Kami perlu lebih mengawal diri dan bertenang pada ketika ini.”

“Hari ini Manchester City menewaskan Swansea pada 2 minit terakhir di kala saya menjangkakan perlawanan itu berakhir seri.”

Insiden Costa disisih

Conte juga ditanya, adakah benar dia pernah marah dengan Costa sebelum ini membuatkan pemain itu disisihkan dalam beberapa perlawanan dan diarahkan berlatih seorang diri?

Conte hanya menjawab:

“Saya sentiasa berterus-terang dengan dia dan dengan suara kuat juga. Dan dia pun faham.”

“Dan hari ini, segalanya sempurna!”

Baca juga: Mengenang Tragedi Udara Munich Dan The Busby Babes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram