“Conte Datang Ole Pergi” – 5 Pemain Man Utd Yang Akan ‘Menderita’

Cristiano Ronaldo

Pemecatan Ole Gunnar Solskjaer mungkin antara berita yang paling dinanti-nantikan oleh ramai pengikut Premier League. Ia mungkin disambut dengan gembira oleh sebahagian, atau pun dengan sedih oleh sebahagian lain.

Bakal menggantikan Solskjaer pula adalah Antonio Conte yang dikatakan telah bersetuju untuk ke Old Trafford sekiranya ditawarkan jawatan tersebut.

Siapa pun pengganti, satu perkara yang pasti berlaku ialah perubahan di dalam pasukan. Dan perubahan dijangka memberikan manfaat kepada pasukan – secara amnya – namun tidak kepada sebahagian pemain lain.

Berikut adalah lima pemain yang berkemungkinan besar menghadapi kesukaran sekiranya Solskjaer dipecat dan Conte dipilih sebagai pengurus baharu Red Devils.

Fred

Fred
(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Fred akan menjadi nama pertama berada di dalam senarai ini. Di bawah kendalian Solskjaer, Fred bersama-sama Scott McTominay adalah gandingan dan pilihan utama Solskjaer di bahagian tengah.

Namun demikian kemampuan pemain dari Brazil ini sentiasa dipersoalkan. Dalam perlawanan menentang Liverpool pada hujung minggu lalu, di mana lawan menampilkan corak perlawanan pantas, Fred nyata tidak berdaya melakukan apa-apa.

Ini bukan kali pertama prestasi Fred menjadi kambing hitam setiap kali Manchester United mengalami kekalahan. Nama beliau sentiasa menjadi sebutan penganalisis, komentatar dan penyokong apabila perlawanan tidak menyebelahi Man United.

Apa yang didebatkan ramai mungkin ada kebenarannya. Maka ia tidak menghairankan sekiranya Fred akan menghadapi masalah sekiranya Solskjaer dipecat dan diganti dengan jurulatih lain selepas ini.

Scott McTominay

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Turut bakal berhadapan masalah seperti Fred ialah rakan segandingan beliau di jentera tena, Scott McTominay. Harus diakui McTominay bukanlah pemain kreatif setara Joriginho atau Casemiro. Malah beliau jauh dari gelaran pemain berkelas dunia.

Di bawah kendalian Solskjaer, McTominay sentiasa memiliki kelebihan untuk beraksi di dalam kesebelasan utama atas tiket produk keluaran akademi kelab.

Situasi tersebut tidak akan sama sekiranya Solskjaer dipecat atau angkat kaki. Siapa pun pengendali baharu yang akan mengambil alih pasti mahukan pemain lebih berpengalaman dan berkemampuan, justeru akan meliat ke jendela perpindahan pemain untuk mendapatkan pemain baaru di posisi tersebut.

Perkara positinya ialah usia McTominay yang masih muda dan mempunyai banyak masa untuk membuktikan keupayaan dirinya.

Faktor sebagai homegrown players juga bermakna Manchester United tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan pemain ini pergi dari Old Trafford. Namun ia dijangka tidak semudah seperti sebelum ini.

Mason Greenwood

mason-greenwood-manchester-united-2020
FOTO: Getty Images

Harus diakui Mason Greenwood adalah salah seorang penyerang muda terbaik di Eropah dan produk akademi Manchester United yang berjaya. Namun demikian, tidak ramai jurulatih pada hari ini yang mampu mencorakkan karier pemain muda seperti Greenwood.

Di sebalik prestasi tidak menentu Manchester United selama ini, kredit harus diberikan kepada Solskjaer kerana berani mengetengahkan pemain seperti Greenwood.

Antonio Conte dipercayai menjadi dua calon pilihan untuk menggantikan Solskjaer. Kita semua tahu rekod kurang baik kedua-dua jurulatih ini dengan pemain muda selama ini.

Pertukaran jurulatih tidak bermakna Greenwood akan mendapat peluang yang selayaknya beliau perolehi sepertimana yang diberikan Solskajaer sejak beberapa musim lalu.

Tidak salah untuk mengatakan Manchester United akan merosakkan legasi lama yang mereka amalkan – bangga dengan produk sendiri – sekiranya salah pilih jurulatih.

Cristiano Ronaldo

Terkenal dengan corak permainan pantas dan agresif, Conte sentiasa mahukan pemain-pemain barisan hadapan melakukan pressing setiap kali bola berada di bawah penguasaan pihak lawan.

Ronaldo sememangnya seorang pemain istimewa dan mempunyai penyudah yang mampu memusnahkan mana-mana pasukan sekiranya diberikan peluang.

Tetapi Ronaldo bukanlah seorang penyerang yang memiliki work rate dan gemar berlari melakukan pressing. Musim ini bintang dari Portugal itu sudah pun dikritik dan dipersoalkan kesungguhannya mengejar bola.

Mengetepikan Ronaldo pula akan menjadi idea yang tidak bagus dan bukan pilihan untuk Conte. Satu perkara yang pasti pelantikan Conte akan membuatkan Ronaldo berada di dalam keadaan sukar.

David de Gea

David De Gea Manchester United
(Photo by Andy Rain/Pool via Getty Images)

Tidak banyak yang boleh dilakukan David de Gea ketika Mohamed Salah dan Liverpool rakus merobek gawang Manchester United sebanyak lima kali pada hujung minggu lalu.

Berdasarkan prestasi beberapa perlawanan sebelu ini, tidak dinafikan De Gea masih lagi salah seorang penjaga gol terbaik dunia. Namun ini tidak bererti De Gea akan menjadi penjaga gol pilihan utama Solskjaer selepas ini.

Terkenal dengan sistem bek bertiga, Conte turut akan memilih menggunakan seorang penjaga gol yang selesa dengan bola di kaki untuk membina permainan dari bawah.

Realitinya ia bukan kualiti utama dimiliki De Gea walaupun skil tersebut telah ditambah baik sejak beberapa musim lalu di bawah kendalian Solksjaer.

Merupakan pemain termahal di dalam ‘pay-roll’ di Old Trafford, De Gea berkemungkinan menjadi pilihan kedua di belakang Dean Henderson yang merupakan penjaga gol semulajadi baka tersebut.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply