Conor McGregor Lancar Bola Sepak Penuh Dengan Tulisan F**k You

Conor McGregor

Bekas pemain seni mempertahankan diri campuran (MMA), Conor McGregor telah melancarkan jualan bola sepak yang menarik perhatian kerana tulisan yang tertera pada bola itu.

Menurut laman HypeBeast, bekas pemain MMA yang mempunyai perseteruan hebat dengan Khabib Nurmagomedov ini menjual bola sepak yang berwarna navy blue dan penuh dengan tulisan carutan f**k you.

Ini merupakan salah sebuah daripada siri produk yang diberi nama sebagai Eff You yang dijual oleh jenama pakaian Conor McGregor sendiri iaitu August McGregor.

Bola tersebut dijual dengan harga $86 dan ianya dijadikan sebagai koleksi terhad. Jadi, jika ada diantara pembaca kami mahukan bola ini, kena beli cepat ya!

Menurut McGregor, hasil keuntungan daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada sebuah tabung bantuan untuk menyokong barisan hadapan menghadapi wabak pandemik Covid-19.

Keuntungan tersebut akan digunakan untuk membiayai alat perlindungan peribadi (personal protective equipement) atau PPE buat barisan hadapan di sekitar Amerika Utara.

McGregor kini bersara daripada karier sebagai pemain MMA yang sinonim dengan pertandingan UFC untuk kali kedua pada tahun ini selepas melakukan perkara yang sama pada 2016.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN