Colombia Ganyang Poland, Lewandowski Dan Rakan-Rakan Pulang Awal

3-0 adalah rumusan yang paling tepat menggambarkan pasukan mana yang lebih baik. Mereka dominan dan juga menjadi pasukan yang lebih banyak melakukan percubaan ke arah gol.

Menariknya dalam kumpulan H ini, pasukan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan, Poland menjadi pasukan pertama yang bungkus awal.

Poland adalah pasukan yang berada di tangga ke-8, paling tinggi dalam kumpulan ini. Kini persaingan kumpulan H tinggal untuk 3 pasukan iaitu Senegal, Jepun dan Colombia.

Colombia ternyata terlalu hebat untuk Poland. Mereka tewas perlawanan pertama di tangan Jepun selepas terpaksa beraksi 10 pemain seawal minit ke-3.

Dalam perlawanan ini, Colombia sangat fluid. Penuh kreativiti dan imaginasi untuk mencipta gol. Jaringan pertama mereka hadir menerusi Yerry Mina yang menanduk kemas hantaran James Rodriguez.

James menjadi instrumental penting dalam perlawanan ini bersama dengan Cuadrado. El Tigre iaitu Radamel Falcao menjaringkan gol kedua pada minit ke-70 dalam situasi 1 lawan 1.

5 minit kemudian, sekali lagi Colombia memiliki peluang 1 lawan 1 dan disudahkan Juan Cuadrado.

Lewandowski dan rakan-rakan bergelut dengan kreativiti. Mereka tidak cukup dinamik dalam perlawanan ini serta banyak sekali melakukan hantaran gagal.

Mereka memiliki beberapa peluang namun Ospina berada dalam prestasi terbaik termasuk menyelamatkan percubaan dari jarak dekat Krychowiak dan percubaan deras Lewandowski.

Perlawanan berakhir dengan 3-0 dan ini adalah kedudukan selepas 2 perlawanan diselesaikan kesemua pasukan dalam kumpulan H.

Perlawanan terakhir kumpulan H pastinya menarik dengan Colombia akan berhadapan dengan Senegal yang mempersiakan peluang untuk menang menentang Jepun sebelum perlawanan ini.

Senegal, Colombia dan Jepun akan menentukan nasib mereka sendiri dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram