CIMB Liga Super 2020: Pahang Akhirnya Menang!

Aksi CIMB Liga Super 2020 diteruskan di pada aksi pertengahan minggu dengan Pahang berjaya mendapatkan tiga mata pertama dengan menewaskan Sabah.

Separuh pertama menyaksikan Pahang jelas menguasai perlawanan dengan cukup baik dengan 10 minit awal ibaratkan seksaan buat penjaga gol Sabah – Wan Azraie Wan Teh.

Seawal minit pertama, Azraie hampir memberikan hadiah kepada Pahang apabila beliau gagal mengawal bola dengan baik selepas ditekan oleh Ivan Carlos.

Namun begitu, mujur pemain itu berjaya untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.

Peluang keemasan pertama Pahang muncul menerusi Mohamadou Sumareh dari dalam kotak penalti, namun rembatan beliau terus kepada Azraie.

Azam Azih juga mempunyai peluang menjaringkan tetapi rembatan dari luar kotak penalti beliau selepas menerima bola dari Faisal Halim melewati palang gol.

Pahang berjaya juga mendahului menerusi Carlos pada minit ke-21 selepas hantaran lintang rendah dari Sumareh ditolak oleh Carlos melepasi Azraie.

Itu merupakan gol ketiga beliau daripada tiga perlawanan CIMB Liga Super.

Sumareh sekali lagi mempunyai peluang untuk menambah jaringa tetapi rembatan rendah beliau kali ini terus ke Azraie.

Sabah yang sering diasak di separuh masa pertama mempunyai beberapa kali gerakan ke gawang Pahang namun ianya tidak cukup berbahaya untuk menghasilkan gol.

Separuh masa kedua menyaksikan Sabah mempunyai misi jelas untuk mencari gol penyamaan dalam perlawanan ini.

Namun rentak awal yang cuba dijana oleh mereka terbantut apabila Pahang diberikan sepakan penalti oleh pengadil selepas Carlos dijatuhkan Azraie.

Herold Goulon dengan mudah menolak bola dari jarak 12 meter pada minit ke-50 untuk memberikan pendahuluan yang lebih selesa buat pasukan Pahang.

Sabah dinafikan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan selepas Rodoljub Paunovic mendakwa bola terkena tangan Khamis Khalil.

Penghujung babak permainan menyaksikan tiada banyak serangan berbahaya untuk mencari gol oleh kedua-dua pasukan.

Akan tetapi, Sabah ada melakukan beberapa ancaman ke pintu gol Pahang tetapi ianya tidak memadai untuk mereka mendapatkan gol yang dicari.

Secara keseluruhannya, Pahang beraksi dengan baik dalam usaha mendapatkan gol dan kali ini mereka berjaya memperoleh tiga mata yang dicari-cari mereka.

Sedangkan untuk Sabah, ini merupakan kekalahan pertama mereka dalam liga musim ini.

Kesebelasan utama

Pahang: Sharbinee Alawee (penjaga gol), Khamis Khalil, Herold Goulon (ketua pasukan), Adam Tull, Faisal Halim (Nik Sharif 70′), Ivan Carlos (R. Dinesh 79′), S. Kumaarhan, Azam Azih, Fazly Mazlan, Gopi Rizqi, Mohamadou Sumareh

Sabah: Wan Azraie Wan Teh (penjaga gol), Rawilson Batuil (ketua pasukan), Park Taesu, Azzizzan Nordin, Kassy Guy, Petrus Shitembi, Randy Baruh, Zubir Azmi, Azwan Abd Fattah (Alto Linus 45′), Ummareng Bacok (Maximus Musa 73′), Rodoljub Paunovic

Pegawai perlawanan

  • Pengadil:: Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah
  • Pembantu pengadil 1: Zairul Khalil Tan
  • Pembantu pengadil 2: Zainuddin Isa
  • Pengadil ke-4: Suhaimi Mat Hassan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN