CIMB Liga Super 2020: De Paula Ledak Dua Gol Untuk Perak Benam TFC

Guilherme de Paula Perak 2020 Liga Super

Perak memulakan saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dengan meyakinkan selepas menang bergaya 3-1 ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Terengganu FC yang mendapat suntikan semangat hampir 25,000 orang penyokong mempamerkan corak permainan meyakinkan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil bertugas, Mohammad Zamzaidi Katimin.

Namun, permulaan baik tersebut tidak mampu dijelmakan kepada kemenangan buat skuad tuan rumah itu.

Pertahanan tinggi lampai, Babacar Diallo terlebih dahulu menguji gawang pasukan pelawat yang dikawal Mohammad Nasrullah Abdul Aziz selepas tandukannya hasil sepakan sudut sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Perak.

Meskipun barisan tengah Perak kelihatan sedikit bergelut untuk mencipta gerakan, skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu masih mampu menjelmakan ancaman ke kubu tuan rumah menerusi sepakan percuma Shahrul Saad yang sekadar singgah di tiang gol pada minit ke-11.

Berselang seminit kemudian, sepakan sudut daripada Thierry Chantha Bin yang terus menuju ke gawang TFC pula berjaya dihalang Faris Ramli di atas garisan gol.

Nasir Basharudin yang pertama kali terpaksa menentang pasukan negeri kelahirannya meledakkan rembatan padu dalam kawasan penalti.

Nasrullah bagaimanapun lebih bersedia menepis keluar percubaan tersebut untuk memberikan sepakan sudut buat Terengganu FC.

Sepakan sudut itu nyata memberikan tuah buat skuad bimbingan Nafuzi Zain selepas Sanjar Shaakhmedov melepaskan sepakan separa voli yang tidak mampu dihalang Nasrullah untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-18.

Dominique Da Sylva hampir mengukuhkan kedudukan di minit ke-24 tetapi percubaannya selepas berjaya melepasi kawalan Amirul Azhan Aznan dinafikan dengan baik oleh Nasrullah.

Perak yang kembali memperkemaskan aksi selepas beberapa kali ditekan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi sepakan penalti.

Gol tersebut dihasilkan Guilherme De Paula selepas beliau dikasari Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar dalam kawasan penalti.

Sebaik sahaja memperoleh jaringan penyamaan tersebut, Perak hadir dengan lebih garang sehingga berjaya menambah dua lagi jaringan, tetapi malangnya gol daripada De Paula dan Raianderson dibatalkan kerana ofsaid.

Bagaikan mendapat tonik berguna daripada Mehmed Durakovic di waktu rehat, skuad ‘Yob’ tampil dengan lebih meyakinan sebaik sahaja babak kedua bersambung.

Ia dibuktikan dengan jaringan kedua pada minit ke-52 hasil tandukan Shahrul Mohd Saad selepas ketua pasukan Perak itu menerima umpanan daripada Chantha Bin ketika situasi sepakan sudut.

Pasukan tuan rumah selepas itu berusaha keras untuk kembali mengikat kedudukan dengan beberapa gerakan yang bagaimanapun diserap dengan baik pertahanan Perak.

De Paula memastikan kelebihan yang dimiliki Perak itu tidak mampu lagi dipadamkan selepas meledakkan jaringan peribadi kedua untuk menjadikan kedudukan penuh 3-1 memihak pelawat.

KREDIT FOTO: ARENA SELADANG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN