Christian Vieri: Saya Adalah Penjaring Terbanyak Walaupun Selalu Keluar Malam

Christian Vieri

Bekas penyerang Itali, Christian Vieri mengakui beliau masih mampu bergelar penjaring terbanyak La Liga 1997/98 walaupun banyak menghabiskan waktu malamnya dengan pelbagai aktiviti.

Musim 1997/98 menyaksikan Vieri berhijrah ke Atletico Madrid dari Juventus dengan yuran perpindahan bernilai hampir £12.5 juta.

Lebih manis buatnya apabila beliau telah dinobatkan selaku penjaring terbanyak setelah meledakkan 24 gol pada musim tersebut bagi meninggalkan dua bekas pemain Barcelona, Rivaldo dan Luis Enrique yang mencipta 19 dan 18 jaringan.

Mengulas mengenai pencapaian hebatnya itu, Vieri mendedahkan bahawa gaya hidup bebasnya di Madrid tidak menganggu persembahannya di atas padang.

Atletico Madrid’s Christian Vieri is congratulated by his teammates after scoring from a penalty (Photo by Michael Steele/EMPICS via Getty Images)

”Ketika di Juventus, saya merupakan seorang profesional yang hebat, manakala di Madrid pula kami keluar malam pada setiap hari.”

”Semua orang keluar, kerana saya merasakan saya tidak boleh tinggal sendirian di rumah. Tetapi saya sentiasa menjadi profesional, dan mungkin saya keluar dengan lebih lama,” ujar Vieri menurut laporan Goal.

”Dalam apa jua keadaan, saya adalah merupakan penjaring terbanyak, tetapi pada malam hari kami akan keluar makan malam sedikit lewat dan kemudiannya minum dan berjalan-jalan.”

Christian Vieri bagaimanapun hanya beraksi semusim di Sepanyol dan kemudiannya memilih untuk kembali semula ke Itali untuk menyertai SS Lazio.

Turut hanya bertahan selama semusim dan beliau menyertai Inter Milan yang menyaksikan bersama kelab tersebut, Vieri terus membuktikan kualiti hebat dimilikinya sebagai antara penyerang terbaik dunia pada ketika itu.

Kredit foto: Andrea Staccioli/LightRocket via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Atletico Madrid:

Leave a Reply