Christian Eriksen: Keputusan Yang Baik Tinggalkan Spurs Dan Sertai Inter

Kerjasama Semuanya BOLA

Christian Eriksen

Pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen beranggapan langkah meninggalkan Tottenham Hotspur bagi menyertai kelab Serie A tersebut adalah satu keputusan baik yang diambil olehnya.

Eriksen yang kini berusia 28 tahun menyertai Inter Milan pada jendela perpindahan Januari lalu selepas memeterai perjanjian selama empat tahun setengah.

Pemain skuad kebangsaan Denmark itu berjaya mencipta bantuan jaringan kepada gol pembukaan yang dihasilkan Romelu Lukaku pada aksi liga bertemu Sampdoria, awal pagi tadi.

Beliau juga turut menjaringkan gol menarik menerusi sepakan penjuru pada aksi separuh akhir kedua Coppa Italia bertemu SS Napoli.

”Segala-galanya sudah menjadi lebih baik, saya merasakan ia adalah merupakan keputusan tepat untuk datang ke sini,” ujar Eriksen menurut laporan dikeluarkan Goal.

‘”Saya mendapat sambutan yang sangat baik daripada peminat dan rakan sepasukan saya. Saya berbangga dapat berada di sana dan kerana Inter mahukan khidmat saya.”

”Saya sedikit kecewa kerana tidak berpeluang untuk merasai pengalaman yang diwujudkan oleh para penyokong tetapi semuanya berjalan lancar dengan semua orang,” tambah Eriksen lagi.

Kehadiran Antonio Conte membimbing Inter Milan telah memberikan peluang buat beberapa bekas pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk mengembangkan karier mereka ke Itali.

Hal ini kerana beliau berjaya mendapatkan khidmat Ashley Young, Romelu Lukaku, Christian Eriksen dan turut meminjam Alexis Sanchez dari Manchester United.

Kredit featured image: Emilio Andreoli/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Christian Eriksen:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram