Christian Eriksen Hampir Pasti Sertai Inter Milan

Christian Eriksen sudah memberitahu Jose Mourinho bahawa beliau mahu menyertai Inter Milan pada perpindahan kali ini.

Eriksen masih belum melanjutkan kontrak beliau di Tottenham. Beliau sudah memberitahu sejak musim lalu lagi akan hasratnya untuk mencari kelab baharu.

Namun Spurs gagal untuk menjual pemain itu. Mauricio Pochettino sendiri pernah menyatakan kekecewaannya ke atas Daniel Levy yang tidak menjual pemain tersebut, ketika pemain itu masih ada nilai.

Levy masih berkeras merasakan Eriksen akan mengubah pendiriannya.

Kini, kontrak Christian Eriksen hanya tinggal kurang 6 bulan. Beliau bebas untuk bercakap dengan mana-mana pasukan. Namun jika ada pasukan yang mahukan beliau pada Januari ini, maka pampasan / bayaran yuran perpindahan harus dibuat.

Inter Milan telah menawarkan £8.5 juta untuk pemain kebangsaan Denmark itu. Mereka juga menawarkan kontrak 4 tahun kepada Christian Eriksen. Jika Inter berjaya meyakinkan Spurs untuk menjual pemain itu Januari ini, maka 6 bulan lagi akan dimasukkan dalam tawaran kepada Eriksen.

Namun Spurs kini masih belum menerima tawaran itu kerana masih mahu mendapatkan angka yang lebih besar. Tawaran Inter Milan itu dilaporkan separuh daripada apa yang diminta oleh Spurs.

Ejen Christian Eriksen iaitu Martin Schoots sudah bercakap dengan pihak Inter Milan pada Selasa lalu.

Eriksen sudah bersama Spurs sejak 2013. Dan musim lalu beliau sudah menyatakan dia mahukan cabaran baharu di dalam kariernya.

Eriksen bermain 90 minit dalam aksi Piala FA berhadapan dengan Middlesbrough. Spurs menang 2-1 dalam perlawanan ulangan itu untuk mara ke pusingan keempat.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, Mourinho memberikan komen tentang situasi Eriksen.

“Jika beliau memutuskan untuk pergi, saya rasa beliau pergi dengan bangga. Beliau sudah memberikan segalanya untuk pasukan ini. Penyokong akan sentiasa menghormati beliau. Kita semua harus menghormati beliau.”

Selain daripada Inter Milan, pasukan PSG juga dikatakan antara pasukan yang berminat dengan Eriksen. Namun pemain tersebut sudah memberitahu ejen beliau bahawa beliau mahu bermain di bawah Antonio Conte.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram