Chris Smalling & Isteri Dakwa Jumpa UFO

Pemain pertahanan tengah AS Roma, Chris Smalling dan isterinya, Sam Cooke mendakwa mereka terserempak dengan UFO pada Isnin lalu ketika sedang bercuti di Jamaica.

Sam Cooke melalui satu posting di Instagram menjelaskan penglihatan aneh yang beliau dan suaminya alami.

Menjelaskan perkara tersebut, Sam Cooke turut menjelaskan beliau dan suaminya berada di dalam keadaan sedar dan tidak berada di dalam pengaruh apa-apa bahan khayal (seperti magic mushroom).

“Chris dan saya ternampak UFO pada malam tadi!” tulis beliau di IG Storynya.

https://twitter.com/MichealSeosamh/status/1402001014203506693

“Ia terbang ke bawah ke hadapan kami dan kemudian berpusing dan terbang kembali ke langit, di mana ia kekal selama sejam.

“Chris sendiri melihat ia berputar dengan cahaya bersinar di setiap sudut.

“Kami hanya terpegun sehingga tidak mengeluarkan telefon dan kami seperti tidak mahu mengalihkan pandangan daripada apa sahaja objek itu. Kami juga tidak khayal disebabkan magic mushroom.”

Bagi meyakinkan pengikutnya di Instagram, Sam kemudiannya berkongsi buat kali kedua mengenai penemuan tersebut dan berkata dirinya 100 bilion peratus percaya objek berkenaan bukan drone.

“Ia anat besar dan canggih dengan lampu bersinar di sekeliling. Bentuknya bukan seperti drone. Ia bukan kapal terbang atau seumpamanya. Ia tidak berbunyi malah drone pun mengeluarkan bunyi lebih kuat.

“Saya tidak dapat keuntungan berkongsi perkara seperti ini. Hanya pengikut yang ramai berpendapat saya sudah gila,” katanya.

Ini bukan kali pertama dakwaan terserempak dengan UFO di kalangan mereka yang terlibat di dalam bola sepak.

Diego Maradona sebelum ini pernah diculik makhluk asing dengan UFO ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pernah ditanya wartawan, adakah Maradona benar – benar memaksudkan UFO dan percaya akan kewujudannya.

Maradona berkata: “Ada faedahnya saya nak mereka reka cerita seperti ini? Ada suatu hari tu, saya minum banyak sangat, dan saya hilang dari rumah selama 3 hari.”

“Saya kemudian balik ke rumah dan memberitahu ibu saya bahawa saya telah diculik makhluk asing. Mereka menculik saya dengan UFO.”

Bekas pemain Boca Juniors, Guillermo Marino pula pernah memberi alasan diculik oleh makhluk asing sebagai punca beliau lambat tiba untuk latihan.

‘Saya pernah hilang dan kembali selepas dua hari kerana diculik oleh alien.’. Guille bukan pemain yang begitu [kaki klentong]. Beliau adalah pemain yang baik dan semua orang mengenalinya.”

 

Baca artikel menarik lain mengenai Chris Smalling:

Paulo Fonseca: Saya Mahu Chris Smalling Kekal Bersama AS Roma

Chris Smalling: Manchester United Mesti Menamatkan Saingan Liga Sekurang-Kurangnya Ditempat Kedua

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN