Chris Gunter Pecah Dominasi Gareth Bale, Dipilih Pemain Terbaik Tahunan Wales 2017

Chris Gunter

Pemain pertahanan Reading, Chris Gunter telah dipilih menjadi Pemain Terbaik Tahunan Wales 2017 sekaligus berjaya memecah dominasi empat tahun yang diraih bintang Real Madrid, Gareth Bale.

Gunter sudah mengecapi kaps ke-81 bersama skuad kebangsaan Wales dan menjadi pemain ketiga terbanyak membuat penampilan bersama skuad kebangsaan. Rekod penampilan terbanyak kini masih lagi menjadi milik penjaga gol, Neville Southall yang mencatatkan 92 penampilan.

Beliau yang merupakan pemain penting ketika bersama skuad kebangsaan dibawah bimbingan mendiang Gary Speed dan kemudiannya digantikan oleh Chris Coleman, berjaya mempamerkan prestasi yang konsisten dan menjadi salah seorang pemain kegemaran para penyokong.

Kali terakhir Gunter terlepas aksi antarabangsa adalah pada tahun 2010 sewaktu perlawanan menentang Switzerland yang menyaksikan Wales tewas 4-1. Gunter tidak beraksi kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Dengan kejayaan yang diraih menjadikan beliau merupakan pemain pertama yang berjaya memenangi gelaran tersebut selain daripada Gareth Bale sejak tahun 2012.

August 8th 2017, Madejski Stadium, Reading, England; Carabao Cup First Round; Reading versus Gillingham; Chris Gunter of Reading controls the ball (Photo by Mark Kerton/Action Plus via Getty Images)

Namun begitu Bale tidak pulang dengan tangan kosong pada majlis yang diadakan di Vale Resort semalam apabila beliau dipilih menjadi Pemain Terbaik Pilihan Pemain.

Pemain Stoke City, Joe Allen pula menjadi pilihan para peminat apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Pilihan Peminat.

Pemain muda Liverpool, Ben Woodburn yang melakukan penampilan bersama skuad senior Wales dalam Kelayakan Piala Dunia berjaya menggondol anugerah Pemain Muda Terbaik.

Woodburn yang berusia 17 tahun dimasukkan pada babak kedua ketika bertemu Austria dan berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Wales pada perlawanan yang berlangsung pada bulan lalu.

Sumber :

BBC (2017) http://www.bbc.com/sport/football/41469355

Sky Sports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/12018/11065064/chris-gunter-named-welsh-player-of-the-year-ben-woodburn-scoops-young-player-award

Wales Online (2017) – http://www.walesonline.co.uk/sport/football/chris-gunter-joe-allen-liverpool-13706772

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN