Chris Cowlin: Penyokong Berlari Kelilingi 92 Stadium Demi Mencari Dana

Komuniti bola sepak tidak pernah sunyi daripada usaha membantu golongan yang kekurangan. Chris Cowlin salah satu individu telah mencabar dirinya dengan berlari mengelilingi 92 stadium!

Chris Cowlin merupakan penyokong Tottenham Hotspur. Beliau melakukan aktiviti ekstrim ini selama 12 hari!

Bermula di London

Beliau mengutip dana kira-kira 15 ribu pound sterling untuk sebuah yayasan. Yayasan tersebut ialah Willow Foundation yang diasaskan untuk membantu penduduk dewasa Britain yang mengalami pelbagai penyakit termasuklah kanser.

Chris memandu di sekitar England untuk menunaikan kempen ini. Beliau merakamkan keseluruhan perjalanan ini di saluran Youtube yang dikendalikannya.

4 Jun 2018 menyaksikan Chris memulakan aksi unik ini. Beliau memilih Stadium Wembley yang digunakan sementara kelab kesayangannya sebagai garis permulaan.

Pada hari itu juga, beliau juga berlari mengelilingi stadium di sekitar London. Antaranya, Emirates Stadium (Arsenal), Stamford Bridge (Chelsea), Loftus Road (QPR) dan The Valley (Charlton).

Malah, hari pertama inilah menyaksikan Chris berlari paling banyak stadium iaitu 12 buah. Tetapi, pada hari-hari yang lain, beliau berlari sekitar 4 hingga 11 buah stadium.

Selatan ke barat dan seterusnya ke utara

Hari kedua sehingga kelima menyaksikan beliau melewati kelab sekitar selatan dan barat England. Beliau juga sempat beraksi di tiga stadium di Wales iaitu Cardiff, Swansea dan Newport.

Selain itu, beliau berlari di Anfield pada hari keenam kempen. Pada hari itu jugalah beliau juga melakukan aksi sama di Goodison Park.

Pada hari ke-9 barulah beliau berlari mengelilingi stadium di sekitar Manchester termasuklah Etihad Stadium dan Old Trafford.

Penutup aksi

Chris Cowlin ketika beraksi di salah satu stadium di England. Sumber: Metro.

Hari ke-12 beliau berjaya menyempurnakan aksi unik ini. Stadium ke-92 yang terpilih ialah Colchester Community Stadium. Stadium ini digunakan oleh kelab divisyen bawah iaitu Colchester United.

Kempen sebegini wajarlah dipuji untuk membantu mencapai sasaran ditetapkan. Satu persoalan ingin ditanya, adakah anda sanggup sahut cabaran sebegini?

Tambah pula orang kita yang kuat ‘membawang’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN