Chong Yee Fatt Beri 3 Sebab Mengapa Perak Tewas Dengan Margin Besar

David da silva Terengganu Perak Liga Super 2021 chong Yee Fatt

Pengendali Perak, Chong Yee Fatt berikan tiga sebab mengapa Perak FC tewas dengan margin besar – tunduk 0-5 kepada Terengganu FC dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Tak pernah terfikir yang Perak akan membuka langkah sumbang sebaik liga kembali bersambung selepas berehat dua bulan untuk aksi antarabangsa. Sumbangnya bukan sedikit, tetapi mereka dimalukan pencabar kejuaraan liga dengan kekalahan besar.

Kali terakhir Perak tewas dengan margin besar adalah pada musim lalu, tewas 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), perlawanan kedua selepas liga kembali bersambung pada September. Untuk musim ini, ini merupakan kali pertama mereka tewas besar.

Turun dengan perubahan ketara tanpa pemain-pemain yang telah meninggalkan pasukan serta ketiadaan Leandro dan Careca menyaksikan Perak seolah-olah hilang punca. Pemain import baharu, Charlie Machell pula diletakkan di bek tengah.

Menurut Yee Fatt dalam sidang media, posisi tersebut antara yang paling bermasalah dan menjadi tumpuannya untuk diperbaiki selepas kekalahan kepada Terengganu ini.

Berikut adalah intipati sidang media ketika Yee Fatt menjawab persoalan mengapa Perak terpaksa melalui malam yang boleh dikatakan terlalu pahit untuk mereka telan.

“Saya rasa, kami terlalu longgar di jentera tengah.

 

“Dan bukan itu sahaja, saya rasa hampir semua pemain tidak beraksi seperti yang saya mahukan.

 

“Ya. Itu antara satu faktor [pemain import baharu]. Sebab ada antara mereka yang tiba lewat. Jadi, nampaklah yang persafahaman adalah salah satu punca.

Percaturan berani pengendali Perak, Chong Yee Fatt itu dilihat memakan dirinya apabila Charlie Machell menjaringkan gol sendiri selepas dilihat cuba menampan hantaran lintang deras Faiz Nasir ke dalam kotak penalti di minit ke-41.

Tidak dapat dipastikan mengapa Yee Fatt memilih untuk meletakkan pemain tengah menyerang itu di posisi bek tengah, kerana terdapat dua pemain bek tengah import yang turut dibawa masuk bersama Charlie Machell di jendela perpindahan kedua.

Jad Noureddine dan Zoubairou Garbaa telah menyertai The Bos Gaurus dalam usaha untuk mengubah nasib mereka yang ketika ini sedang bergelut di zon penyingkiran.

Namun, Yee Fatt memilih meletakkan seorang pemain tengah menyerang di posisi penting – bergandingan dengan Idris Ahmad,  bertemu pasukan seperti Terengganu.

Gol-gol lain Sang Penyu dijaringkan oleh Faisal Halim pada minit ke-19, David da Silva (23′), Hakimi Abdullah (70′) dan Nik Akif Syahiran di penghujung perlawanan.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply