Chinedu Bright Dike, Si Helang Yang Pernah Menembusi Gawang Azzurri!

Chinedu Bright Dike adalah penggempur baru skuad Pahang untuk musim 2017. Berikut adalah serba sedikit tentang bekas pemain kebangsaan Nigeria ini.

Profail

Nama: Chinedu Bright Dike
Tarikh Lahir: 2 Februari 1987
Tempat Lahir: Edmond, Oklahoma United States
Tinggi: 1.85m
Kewarganegaraan: USA-Nigeria
Posisi: Penyerang
Kaki prima: Kanan

Maklumat karier

Pemain ini adalah pemain penyerang utama ataupun no.9. Beliau memiliki gaya permainan yang lasak.

Pemain ini memulakan karier dengan bola sepak di peringkat kolej bersama dengan University of Notre Dame. Aksi cemerlang beliau membolehkan Dike dipancing oleh Portland Timber pada 2010.

Beliau beraksi cemerlang ketika di divisyen 2 dengan menjaringkan 6 gol sepanjang musim tersebut.

Pengambilan Dike daripada University of Notre Dame adalah sebahagian daripada program pembentukan pasukan oleh Portland Timber untuk menghadapi Major League Soccer yang diperbesarkan lagi pada 2011.

Beliau ditandatangani bersama-sama dengan bintang Amerika Syarikat seperti Steve Cronin, Eddie Johnson dan Ryan Pore.

Pada 2013, Dike berhijrah ke sebuah lagi kelab besar di MLS iaitu Toronto FC. Beliau mulai menjadi perhatian banyak kelab di Eropah termasuk kelab-kelab EPL termasuk QPR.

Namun impian Dike untuk ke EPL tidak kesampaian apabila beliau menghadapi kecederaan panjang ketika di Toronton FC.

Dike pernah beberapa dipanggil untuk mewakili Nigeria dalam perlawanan persahabatan menentang Venezuela di Miami pada 2012.

Stephen Keshi sangat sukakan pemain ini. Namun Keshi mahukan Dike mencabar dirinya untuk menyaingi penyerang-penyerang handalan Nigeria yang lain.

Beliau juga berada dalam senarai simpanan untuk skuad yang menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014. Beliau dipanggil menggantikan Uche untuk pusingan kelayakan pada November 2013.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Itali di Craven Cottage pada 2013, Bright Dike dipanggil oleh Stephen Keshi.

Beliau berjaya menembusi pintu gol Azzurri dalam perlawanan tersebut. Chinedu Dike menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-35.

Sebelum itu, Guiseppe Rossi menjaringkan gol pembukaan awal. Perlawanan berakhir 2-2.

Dike agak bergelut dengan prestasi beliau selepas itu. Beliau dipinjamkan ke San Antonio Scorpion yang beraksi di liga NASL.

Tidak lama kemudian beliau kembali ke Toronto dan seterusnya berkelana ke Russia menyertai Amkar Perm.

Sebelum musim 2017, pemain ini dipancing oleh pasukan Pahang. Kini beliau beraksi untuk Pahang.

Dike agak cemerlang memulakan musim 2017. Ada yang menganggap beliau sebagai bayangan kepada Dickson Nwakaeme.

Baca juga: Vladislav Mirchev: Penyerang Perak Yang Pernah Beraksi Menentang Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN