China B-20 Akan Beraksi Di Liga Jerman, Salah Satu Langkah Untuk Aspirasi 2050

Semua kita sudah mengetahui tentang aspirasi dan cita-cita besar bola sepak China yang berharap projek CSL yang serba mewah hari ini akan menjadi asas kepada bola sepak mereka menjelang tahun 2050.

Pasukan bola sepak China B-20 akan beraksi dalam saingan Divisyen ke-4 Liga German pada musim hadapan. Demikianlah perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).

Hanya 19 pasukan telah melayakkan diri bertanding untuk saingan Liga Divisyen 4 Barat Daya Jerman itu. Untuk melengkapkan jadual, DFB menjemput pasukan China B-20 untuk menyertai saingan.

(Photo by Alexander Heimann/Bongarts/Getty Images)

Jemputan ini sekaligus memberi ruang untuk China membuat persiapan menjelang Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun.

“Kesemua 19 pasukan yang bertanding telah memberi persetujuan untuk penyertaan China di dalam saingan pada musim hadapan.”

“Oleh itu, saya percaya projek ini berada dalam landasan yang betul untuk diadakan,” ujar Felix Wiedemann yang merupakan Pegawai Eksekutif Liga.

Naib Presiden DFB, Ronny Zimmermann (gambar bawah) turut mengesahkan kelab-kelab yang terlibat telah pun memberi persetujuan untuk penyertaan China.

(Photo by Alexander Scheuber/Bongarts/Getty Images)

Zimmermann dipetik sebagai berkata kepada Kicker:

“Kerjasama dengan China ini adalah satu projek umum. Sudah tentu kami mahu melihat pengisian dan pulangan yang baik kepada liga dan pasukan bertanding. Kami perlu melihat jika kerjasama ini boleh direalisasikan”

“Kesemua pengurus pasukan Liga Barat Daya Jerman akan bertemu dalam masa terdekat dan kami memerlukan keputusan sebulat suara. Selepas itu, barulah jadual liga boleh diatur.”

Akhbar Bild melaporkan bahawa butiran projek berkenaan akan didedahkan kepada umum ketika kunjungan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Berlin pada 5 Julai akan datang.

Laporan media di Jerman turut mendedahkan setiap pasukan di liga berkenaan akan menerima €15,000 sebagai pampasan daripada China FA untuk dua perlawanan yang akan diadakan di tempat sendiri di Jerman.

Walaupun China B-20 mengambil bahagian dalam saingan berkenaan, mata yang dimenangi tidak akan diambil kira untuk kedudukan di dalam liga.

(Photo credit should read PETER MUHLY/AFP/Getty Images)

“Adalah penting untuk menjelaskan kepada semua pihak bahawa tiada kiraan mata akan diambil kira dalam perlawanan membabitkan pasukan China B-20.”

“Ini adalah supaya ia tidak mempengaruhi kedudukan liga,” ujar Wiedemann kepada The Associated Press.

Cadangan dan konsep pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada Pegawai Eksekutif Stuttgarter Kickers, Marc-Nicolai Pfeifer.

“Ia adalah idea yang menarik. Kami tidak sabar untuk tambahan 2 perlawanan di tempat sendiri ini dan kami mengalukan pasukan China B-20.” ujar Pfeifer kepada Bild.

Pada akhir tahun lalu, kerajaan China dan Jerman telah menandatangani satu perjanjian MoU berkaitan perkembangan bola sepak di China.

(Photo by Ben Radford/Getty Images)

Perjanjian ini turut melibatkan DFB, Liga Bola Sepak Jerman (DFL), Kementerian Pendidikan China dan Persatuan Bola Sepak China bagi pihak negara yang mempunyai kepadatan penduduk teramai di dunia itu.

Program ini adalah projek serampang dua mata kerajaan China dalam bola sepak. Selain daripada menghadirkan impak di Sukan Olimpik 2020, China punyai visi jangka masa panjang.

Penyertaan pasukan China B-20 di Liga German juga merupakan sebahagian usaha kerajaan republik itu untuk menjadi kuasa besar bola sepak dunia menjelang tahun 2050.

Sumber:

1. Reuters, EuroSport (2017): Germany plans for China under-20 to play in local league;
http://www.eurosport.com/football/germany-plans-for-china-under-20-to-play-in-local-league_sto6226141/story.shtml

2. Jeorge Bird, Squawka (2017): Plans revealed for China u20s to play in Germany’s fourth-tier;
http://www.squawka.com/news/plans-revealed-for-china-u20s-to-play-in-germanys-fourth-tier/962203#xAFQxzBqPdXJll1s.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN