Tempat Chilwell Sudah ‘Dirampas’ Alonso, Apa Perancangan Thomas Tuchel?

Thomas Tuchel Alonso Chilwell

Marcos Alonso tentunya di antara pemain Chelsea paling gembira selepas Frank Lampard meninggalkan pasukan tersebut kerana beliau akhirnya diberi peluang oleh pengurus baharu Thomas Tuchel untuk beraksi lebih kerap keika ini.

Sebelum ketibaan jurulatih warga Jerman tersebut, Kali terakhir beliau beraksi adalah pada September lalu ketika The Blues terikat 3-3 dengan West Bromwich Albion dan beliau telah dipersalahkan untuk tiga gol lawan yang dijaringkan pada separuh masa pertama.

Selepas ‘dibekukan’ untuk beberapa bulan, kehadiran Tuchel menjadi ‘rahmat’ buat pemain Sepanyol itu yang  telah pun diturunkan dalam empat daripada lima perlawanan terakhir.

Falsafah Tuchel yang kerap menggunakan pemain bek sayap menyerang telah memberi kelebihan kepada Alonso yang diketahui amat serasi dan boleh beraksi dengan baik dalam formasi lima pemain pertahanan.

Pemain berusia 30 tahun itu dibeli oleh Antonio Conte yang sememangnya cukup terkenal dengan taktikal yang sama dan pastinya Tuchel mahu memanfaatkan keberadaan pemain tersebut di kelabnya.

Hasilnya Alonso telah menjaringkan gol voli cantik ketika menang 2-0 ke atas Burnley yang dipilih sebagai gol terbaik Chelsea untuk bulan Januari.

Namun dalam masa yang sama Tuchel menegaskan beliau tidak berniat untuk meminggirkan Ben Chilwell yang hanya beraksi dalam dua perlawanan sejak beliau mengambil alih kelab London tersebut.

Beliau yang dibeli pada awal musim lalu merupakan pemain pertahanan sisi tradisional dan dari perkiraan itu membuatkan Tuchel agak mudah untuk membuat keputusan.

“Jika dia risau mengenai masa permainannya, saya faham kerana dia mula merasa sukar untuk bersaing dan kadang kala keputusan [jurulatih] tidak memihak kepadanya,” ujar Tuchel ketika ditemubual SkySports.

“Kami memilih Marcos [Alonso] untuk satu perlawanan di mana kami bermain dengan lima pertahanan, dia lebih biasa dengan posisi itu, termasuk ketika di bawah Antonio Conte. Tambahan pula dia mempunyai kekuatan di udara untuk bertahan dan membantu serangan.”

Tuchel bagaimanapun melihat ia bukanlah penamat buat Chilwell di Chelsea, apatah lagi dengan usianya yang masih muda sebagai prospek masa depan kelab dan mempunyai masa yang panjang untuk terus belajar seterusny kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Menjadi tugas saya untuk memastikan kami tidak kehilangan pemain dan membantu untuk tidak kehilangan kepercayaan mereka. Dia [Chilwell] seorang pemain yang hebat dan mempunyai potensi yang tinggi. Jadi kami akan cari ruang agar dia berpeluang untuk diturunkan.”

Kredit Foto: EasySoccerNews

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Thomas Tuchel dan Chelsea:

Analisis: 4 Perkara Dari Debut Thomas Tuchel Bersama Chelsea Menentang Wolves

Rekod Thomas Tuchel Lawan Kelab Inggeris Sebelum Ke Premier League

Masihkah Ada Sinar Buat Kepa Bersama Chelsea Di Era Thomas Tuchel?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN