Chiellieni Anggap Main Bola Sepak Sahaja Tak Cukup, Pergi Belajar

Main bola sepak sahaja tak cukup untuk seorang pemain profesional. Itulah kata-kata nasihat daripada pemegang Master Pengurusan Perniagaan serta Ijazah dalam Ekonomi lulusan Universiti Turin, Giorgio Chiellini.

Bagi beliau para pemain perlu ada perancangan apa yang akan mereka lakukan selepas bersara kelak ataupun terpaksa meninggalkan bola sepak atas sebab-sebab tak dapat dielakkan.

“Belajar akan membuatkan saya melepaskan tekanan daripada dunia bola sepak dan membolehkan otak saya kekal ‘tajam’ ketika berfikir.”

Berdasarkan sumber FIFPro, hanya 13% sahaja pemain bola sepak profesional di Eropah yang ada pendidikan tinggi. Sebagai perbandingan keseluruhannya, seramai 53% lelaki di Eropah ada pendidikan tinggi.

Tesis yang dilakukan oleh Chiellini.

“Sebagai pemain bola sepak, pada usia 20 tahun memang anda akan berasa tak dapat dikalahkan dan mampu membuat apa sahaja di atas padang bola sepak.”

“Namun apabila anda sudah berusia 35 tahun, anda akan mendapati bola sepak sedikit sebanyak akan semakin berakhir.”

“Anda masih ada banyak lagi hayat dalam hidup selepas itu. Sebab itu saya berpendapat, main bola sepak sahaja tak cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup.”

“Hanya beberapa daripada kita (pemain bola sepak) akan mendapat pekerjaan dalam bidang bola sepak (kejurulatihan, pengurusan dan sebagainya).”

“Dan kita semua ada risiko berhadapan dengan depresi apabila sudah berhenti bermain. Ramai pemain yang dah bersara berhadapan dengan masalah kewangan.”

Sebelum ini pemain seperti Eboue antara yang terkesan dengan masalah muflis.

Chiellini menambah lagi:

“Ini kerana mereka tidak dibimbing tentang apa yang patut mereka buat dalam hidup. Mereka juga tidak membuka minda mereka untuk belajar.”

“Oleh sebab itu, main bola sepak sahaja tak cukup. Sejak dari awal karier anda lagi, anda harus memikirkan kehidupan selepas bermain bola sepak. Bukannya mulai berfikir tentangnya bila ianya dah berakhir.”

Beliau juga berpendapat, banyak menelaah buku dan belajar akan membuatkan seseorang itu lebih baik dalam membuatk keputusan di dalam padang.

“Jika kamu ada minda yang tajam, kamu akan dapat membuat keputusan yang cepat di atas padang. Ianya akan membantu kamu mencapai potensi maksimum.”

Chiellini terlibat dalam kempen Mind The Gap di bawah kendalian FIFPro. Program yang baru dilancarkan untuk membantu pemain dalam merancang kehidupan selepas bersara ataupun berhenti bermain bola sepak.

Mind The Gap sangat menekankan pengurusan pembangunan pemain. Organisasi ini akan melantik beberapa pemain di beberapa buah negara untuk membantu para pemain mempersiapkan diri selepas persaraan.

Setiausaha FIFPro, Theo van Seggelen berkata:

“Statistik menunjukkan yang setiap pemain bola sepak ketika ini tidak dipersiapkan dengan bidang lain. Ini menyukarkan mereka masuk ke bidang pekerjaan selain daripada bola sepak.”

“Melalui kempen ini, kami dan kesatuan pemain akan cuba membantu pemain membetulkan perkara ini.”

Kami berharap artikel ini sampai kepada semua pemain bola sepak di Malaysia. Satu nasihat yang sangat berguna daripada Chiellini.

Rancang persaraan ataupun risiko pemberhentian anda sebaik mungkin. Semoga Chiellini dan rakan-rakannya berjaya dalam kempen dan program ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN