Chelsea Sudah Sedia Untuk Sesi Pemeriksaan Kesihatan Tiemoue Bakayoko

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Semalam tersebar gambar Bakayoko bersantai bersama beberapa pemain Chelsea di London. Ia menguatkan lagi spekulasi pemain ini akan ke Chelsea.

Pemain berusia 22 tahun ini juga dilaporkan berada di pusat latihan Chelsea di Cobham pada Jumaat. Chelsea dijangka akan membayar sekitar £40 juta berserta bonus tambahan.

Bakayoko berkongsi gambar ini di instagram beliau. Gambar yang menunjukkan beliau sedang berada di Cobham.

Sebelum ini, Bakayoko berkongsi beberapa gambar beliau dalam perjalanan ke London. Beliau sempat mengusik peminat-peminat Manchester United dengan tweet ini.

Namun tweet tersebut sudah dipadam oleh beliau. Batshuayi turut berbalas-balas komen dengan Bakayoko di media sos:

Ini pula gambar beliau sedang makan malam dengan pemain-pemain Chelsea.

Bakayoko menjadi rebutan banyak kelab di Eropah termasuk Manchester United dan Chelsea. Namun dengan muatnaik status-status ini, rasanya Chelsea akan mengumumkan pemain ini dalam masa terdekat.

Bakayoko dijangka akan bersama Chelsea dalam jelajah pra musim kelab tersebut.

Sumber

Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4695794/Bakayoko-welcomed-new-Chelsea-team-mates-London.html