Chelsea, Man United Berebutkan Jadon Sancho

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Beberapa bulan lalu, Jadon Sancho dikaitkan dengan Man United. Dan laporan di Jerman menyatakan bahawa pemain itu membuat permintaan mengejut daripada Dortmund, di mana beliau meminta kelab itu mempertimbangkan tawaran daripada Man United.

Sancho merupakan bekas pemain remaja Man City. Namun perpindahan itu gagal dimeterai kerana permintaan harga yang sangat tinggi oleh Borussia Dortmund. Man United ketika itu sudah berbelanja besar mendapatkan Harry Maguire dan Aaron Wan Bissaka.

Dan kini, Man United diberikan peluang sekali lagi untuk mendapatkan tandatangan Jadon Sancho. Ini selepas Borussia Dortmund mengeluarkan tanda harga terbaru pemain itu.

Kelab Jerman itu meletakkan £100 juta sebagai tanda harga untuk pemain kebangsaan England – Jadon Sancho.

Laporan dari Jerman menyatakan Borussia Dortmund masih belum menawarkan sebarang kontrak baharu untuk pemain tersebut. Dan mereka sudah bersedia melepaskan Sancho.

Selain daripada Man United, pasukan Chelsea juga dikatakan berminat dengan Jadon Sancho. Beliau merupakan bakat muda yang menyerlah. Sudah meledak 18 gol serta 15 assist dalam 43 penampilan beliau musim ini.

Pemain berusia 19 tahun itu dikatakan mahu meninggalkan Borussia Dortmund jika ada tawaran yang lumayan daripada kelab lain, terutama sekali kelab dari EPL.

Ole Gunnar Solskjaer mahukan sekurang-kurangnya dua orang penyerang baharu untuk musim hadapan. Jadon Sancho dianggap salah seorang calon utama.

Namun United sedar akan minat daripada Chelsea. Selain itu Liverpool dan Man City juga dikatakan sedang memantau perkembangan pemain remaja tersebut.

Man City memiliki opsyen khas dalam kontrak Sancho. Di mana mereka boleh menyamai mana-mana bidaan yang diterima Dortmund untuk membawa pemain itu.

Maksudnya di sini, jika bidaan yang diterima oleh Dortmund adalah £110 juta daripada kelab lain.

Maka Dortmund perlu memberikan peluang kepada City, sama ada mereka mahu menyamai bidaan itu. Dan jika City berminat dan mahu menyamai angka itu, maka Sancho akan menjadi milik mereka.

Chelsea mungkin akan sukar dalam persaingan ini, selepas mereka membelanjakan £36 juta untuk Hakim Ziyech.

Jika Lampard membelanjakan £100 juta untuk Sancho, bermakna, dana perpindahan beliau hanya tinggal £14 juta. Laporan dari London sebelum ini menyebut, Chelsea akan memberikan Lampard £150 juta untuk dibelanjakan.

Lampard perlu meyakinkan Roman Abramovich untuk menambah dana perpindahan ataupun menjual beberapa pemain.

Man United pula, dilihat mampu untuk berbelanja sebesar itu dan menawarkan pakej gaji yang sangat lumayan kepada Sancho.