Chelsea Mahukan Ronaldo & Morata, Jadikan Hazard Sebagai Tukaran

Cristiano Ronaldo dikatakan sudah mahu meninggalkan Real Madrid selepas dilayan dengan layanan yang tidak baik dari pihak berkuasa Sepanyol mengenai isu cukai.

Kemahuan beliau telah membuatkan beberapa kelab telah bersedia untuk cuba mendapatkan beliau.

Antaranya adalah kelab lama beliau iaitu Manchester United.

Namun kini, Chelsea juga mahu turut serta dalam cabaran mendapatkan Ronaldo ini.

Chelsea dikatakan sedia untuk mendapatkan Ronaldo dengan menjadikan Eden Hazard sebagai tukaran kepada perpindahan tersebut.

Real Madrid dikatakan sudah lama meminati pemain Belgium itu. Oleh itu, Chelsea cuba mengambil kesempatan dari minat Real Madrid itu.

Namun, bukan Ronaldo sahaja yang diminati Chelsea.

Chelsea juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Alvaro Morata.

Walaupun Manchester United dikatakan sudah bersetuju dengan Morata mengenai terma peribadi kontrak, namun begitu jumlah yuran yang perlu dibayar belum lagi memuaskan hati pihak Real Madrid.

Oleh kerana itu, Chelsea cuba untuk menyelinap masuk untuk menyakinkan Real Madrid yang pasukan London itulah lokasi terbaik untuk Morata.

Ia ditambah pula dengan keinginan Morata untuk berkerjasama dengan Antonio Conte – pengurus yang Morata amat mahukan untuk berkerjasama.

Hal ini kerana semasa tiba di Juventus, Morata tidak dapat bermain untuk Conte selepas pengurus itu pergi menjadi pengurus Itali.

Jadi, adakah Chelsea akan memintas Manchester United dalam mendapatkan 2 pemain ini?

Sumber:

  1. Metro (2017): Chelsea to make huge play for Cristiano Ronaldo by offering Eden Hazard in exchange; http://metro.co.uk/2017/06/18/chelsea-to-make-huge-play-for-cristiano-ronaldo-by-offering-eden-hazard-in-exchange-6717997/
  2. Metro (2017): Chelsea confident of hijacking Alvaro Morata deal as Cristiano Ronaldo distracts Manchester United; http://metro.co.uk/2017/06/18/chelsea-confident-of-hijacking-alvaro-morata-deal-as-cristiano-ronaldo-distracts-manchester-united-6717728/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN