Chelsea Cuba Pancing Kai Havertz Pula

Kai Havertz Timo Werner Jerman Chelsea Interest

Selepas sedikit reda dengan berita perpindahan Timo Werner yang mungkin bakal ke Chelsea, seorang lagi bintang muda Jerman dalam perhatian dunia iaitu Kai Havertz.

Menurut Jurgen Klopp sebelum ini, selain Timor Werner, Kai Havertz juga merupakan seorang pemain yang sangat bagus dan Liverpool sudah menyerah kalah dalam persaingan untuk mendapatkan kedua-dua pemain muda di Bundesliga itu.

Chelsea nampaknya serius dalam pasaran kali ini apabila meneruskan niat mereka untuk merekrut seorang lagi pemain muda berbakat dengan cuba menawarkan £75 juta kepada Bayer Leverkusen untuk khidmat pemain berusia 20 tahun itu.

Chelsea cuba tawar harga

Tag harga untuk pemain yang telah memiliki tujuh kaps bersama Jerman itu ketika ini adalah £90 juta dan menurut laporan Football London, difahamkan yang pihak The Blues sedang cuba untuk menurunkan harga tersebut kepada £75 juta.

Pemain yang masih memiliki kontrak bersama Bayer Leverkusen sehingga Jun 2022 itu telah menarik minat gergasi-gergasi Eropah untuk masuk berunding dengan dilaporkan yang Real Madrid dan Bayern Munich sudah memulakan langkah.

Dua kelab gergasi tersebut dijangka tiada masalah untuk menepati tag harga Kai Harvertz, namun Chelsea juga tidak mahu mengaku kalah apabila pemiliknya, Roman Abramovich dikatakan sedia memberikan apa sahaja yang dimahukan Frank Lampard.

Mungkinkah sekiranya penyertaan Timo Werner direalisasikan oleh kem Chelsea, Kai Harvertz akan lebih mudah untuk membuat keputusan? Atau, adakah kelab lain yang sedang berada di minda pemain yang sedang hangat di pasaran Eropah itu?

Real Madrid atau Bayern Munich?

Dalam temuramah bersama Marca, Kai Harvertz telah meletakkan petunjuk mengenai masa depannya bersama Bayer Leverkusen yang sedang hangat diperdebatkan.

Dengan perkhabaran Real Madrid dan Bayern Munich sudah memulakan langkah awal, pemain tersebut mungkin akan memilih antara keduanya, namun kemasukkan Chelsea dalam senarai pembida ketika ini bakal menambah pilihan buatnya.

“Mereka [Bayern Munich] mungkin adalah kelab terbesar di Jerman dan ramai pemain yang berjaya di usia muda akan memilih untuk berhijrah ke sana. Oleh sebab itu, saya telah dikaitkan dengan Bayern, jadi kita lihat dahulu apa yang akan berlaku.

“Apa yang jelas, jika anda mahu menjadi bintang yang berjaya di Jerman, anda tidak boleh membuat kesilapan ketika bermain di Bayern. Saya rasa, saya telah mendapat pendedahan antarabangsa yang cukup di Leverkusen,” ujarnya kepada Marca.

Ketika penemuramah berkata yang permainannya sangat sesuai dengan Barcelona, pemain tengah menyerang itu berkata, “Bukan hanya Barcelona. Real Madrid contohnya, mereka juga pasukan yang mengamalkan permainan possession.”

Lebih baik kekal di Jerman dahulu

Menurut bekas pemain England, Owen Hargreaves yang bercakap kepada Goal, pemain-pemain muda Jerman seharusnya kekal dahulu di Bundesliga sebelum berhasrat berhijrah ke luar negara seperti La Liga atau English Premier League.

“Dia sangat istimewa. Dia adalah bintang seterusnya. Saya rasa, semua bintang muda Jerman akan kekal di Bundesliga untuk satu tempoh masa sebelum mereka pergi menyertai kelab seperti di English Premier League, Barcelona atau Real Madrid.

Ketika ditanyakan mengenai kelab yang bakal menjadi pilihan pemain muda itu, Hargreaves berpendapat yang, “Sudah tentu kelab yang akan memberikannya aksi permainan. Saya rasa beliau sesuai untuk bermain untuk mana-mana kelab.”

Namun, berdasarkan pernyataan pemain itu, mungkin melangkah keluar dari Bundesliga juga berada dalam pemikirannya ketika ini. Kai Harvertz berkata, “Saya yakin untuk melangkah keluar dan bermain di luar Jerman pada bila-bila masa.”

Penutup

Adakah Chelsea akan turut berada dalam pemikiran Kai Havertz ketika ini dengan perkhabaran tawaran £75 juta sedang cuba dirunding oleh kelab itu? Adakah penyertaan Timo Werner nanti akan memudahkannya untuk membuat keputusan?

Pilihan yang sukar buat Kai Harvertz dengan gergasi-gergasi dunia sedang mengintai khidmatnya dan mungkin pada saat ini, untuk berjaya bersama skuad kebangsaan Jerman, pilihan terbaiknya adalah untuk kekal terlebih dahulu di Bundesliga.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Kai Harvertz dan Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN