Cuti Dah Habis! Chelsea Arahkan Diego Costa Kembali Segera Ke London

Diego Costa sebelum ini dengan terbuka mengkritik Antonio Conte sebagai tidak ada karisma. Beliau masih belum kembali ke Chelsea sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, The Blues dilaporkan sudah meminta pemain itu melaporkan diri selepas tamat cuti pra musim. Ini untuk memulakan semula latihan dengan The Blues.

Banyak perkara yang diambil kira oleh pasukan Chelsea. Antaranya adalah untuk menjaga nilai pasaran pemain tersebut.

Jika Costa tidak kembali segera beliau boleh berhadapan dengan risiko kecergasan dan juga masalah fizikal seperti berat badan. Ini akan menurunkan harga Costa di mata kelab yang berminat dengan beliau. Costa masih mendesak agar Chelsea menjual beliau ke Atletico.

Namun masalahnya kini, Atletico sebelum ini menyatakan mereka tidak mampu untuk membeli pemain mahal seperti Costa dan berkemungkinan sudah menutup sebarang urusan perpindahan pemain buat masa ini.

Atletico masih digantung daripada membeli pemain. Namun mereka boleh melakukan pra kontrak/perjanjian dan mendaftarkan Costa 6 bulan akan datang.

Diego Costa memberitahu wartawan di Brazil yang beliau tidak akan kembali ke Chelsea dan sanggup untuk terus kekal di sana dengan tanpa sebarang gaji daripada Chelsea. Costa mahu ke Atletico.

Chelsea menafikan yang mereka sudah merancang untuk meletakkan Costa berlatih bersama skuad simpanan sekiranya pemain itu kembali. Ini kerana Conte tidak mahu pemain ini di dalam sesi latihan pasukan utama.

Peguam Diego Costa, Ricardo Cardoso berjanji akan menggunakan saluran perundangan untuk memperjuangkan nasib Costa agar pemain itu dapat menyertai Atletico Madrid.

Dalam erti kata lain, Cardoso akan cuba meminta Chelsea menurunkan yuran perpindahan untuk pemain tersebut. Ianya nampak sukar untuk dilakukan kerana Costa adalah penyerang prolifik Chelsea musim lalu ketika membantu kelab tersebut menjuarai EPL.

Sebelum ini, Atletico dikatakan menawarkan harga maksimum £26 juta untuk Diego Costa. Ianya ditolak Chelsea kerana kelab tersebut dikatakan mahu sekurang-kurangnya £40 juta.

Diego Costa mungkin akan menerima syarat di mana beliau menerima gaji tidak penuh sehingga Januari jika menyertai Atletico. Dikatakan gaji Costa adalah £150,000 seminggu ketika di Chelsea.

Sumber

Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/football/2017/08/14/chelsea-order-diego-costa-return-england-striker-tries-force/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN