Chelsea Ambil Tindakan Terhadap Kepa Arrizabalaga, Kenakan Denda Gaji Seminggu

Kepa Arrizabalaga

Susulan insiden enggan mematuhi arahan penggantian pemain, Chelsea telah mengambil tindakan hukuman denda gaji seminggu terhadap penjaga gol mereka, Kepa Arrizabalaga.

Memetik kenyataan di laman sesawang rasmi kelab, wang denda yang dikenakan tersebut akan didermakan kepada Yayasan Chelsea.

Dalam perkembangan sama, Kepa yang turut memohon maaf atas apa yang telah dilakukannya pada lewat aksi masa tambahan itu.

”Saya sangat gembira untuk beraksi pada perlawanan akhir pertama buat Chelsea semalam dan sangat berbangga dengan persembahan pasukan.”

”Saya banyak memikirkan mengenai perkara ini. Walaupun ia merupakan salah faham, kesannya, saya telah melakukan kesilapan yang cukup besar untuk mengendalikan situasi itu.”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 24: Kepa Arrizabalaga and Cesar Azpilicueta of Chelsea stretch for the ball after a shot from Sergio Aguero of Manchester City during the Carabao Cup Final between Chelsea and Manchester City at Wembley Stadium on February 24, 2019 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Saya mahu meluangkan masa pada hari ini untuk memohon maaf dan secara peribadi buat jurulatih (Maurizio Sarri), kepada Willy (Wilfredo Caballero), rakan sepasukan dan kelab ini.”

”Saya telah melakukannya dan saya juga turut mahu meminta maaf yang sama buat penyokong.”

”Saya akan belajar daripada ‘episod’ ini dan menerima segala hukuman atau disiplin yang ditetapkan oleh kelab.”

Maurizio Sarri yang kelihatan amat berang ketika insiden tersebut jelas sudah melupakan apa yang telah dilakukan Kepa Arrizabalaga.

”Kepa dan saya telah bercakap mengenai insiden ini. Ia merupakan satu perbualan yang baik. Terdapat salah faham semalam tetapi dia mengakui dia telah melakukan kesilapan yang besar dari cara dia bertindak.”

”Dia meminta maaf kepada saya, rakan sepasukan dan kelab. Ia terpulang kepada kelab sekiranya mahu menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang kelab, tetapi bagi saya isu ini telah selesai.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply