Permainan Legenda Championship Manager 01/02 Kini Boleh Dimuat Turun Dengan Percuma!

Iklan

Sebelum wujudnya permainan simulasi pengurusan bola sepak iaitu Football Manager, ianya mempunyai satu versi yang lain yang dikenali sebagai Championship Manager atau dikenali sebagai CM.

CM yang dikeluarkan oleh pihak Eidos merupakan antara permainan bola sepak yang cukup digemari selain siri FIFA dan Pro Evolution Soccer kerana mereka memberikan kelainan berbanding 2 siri tersebut.

Jika pengikut Pro Evolution Soccer menganggap siri PES 6 (PES 2006) sebagai siri permainan tersebut yang terbaik dalam sejarah, pemain CM pula berasakan siri CM 01/02 merupakan siri terbaik pernah wujud dalam sejarah permainan itu.

Kini pihak selepas 16 tahun berlalu, siri tersebut masih lagi dimainkan dan kini anda juga boleh bermain permainan ini dengan percuma!

Kini anda boleh memuat turun siri CM 01/02 ini dengan percuma untuk mengembalikan nostalgia anda!

Menurut laman Football Manager Blog, usaha ini telah lama dilakukan dengan pihak Eidos bersetuju untuk membolehkan permainan ini dimainkan secara percuma pada 2009.

Persetujuan itu membolehkan para pemain CM 01/02 memuat turun permainan tersebut secara percuma dan sah.

Football Manager Blog juga ada menyatakan yang permainan tersebut boleh dimuat turun secara percuma dengan fail .iso akan digunakan untuk memasukkan permainan ini ke dalam komputer.

Malah terdapat juga pilihan untuk memuat turun kemas kini pangkalan data (database) bagi memperbaharui senarai pemain yang ada dalam permainan tersebut.

Pemain juga boleh memuat turun tampalan (patch) yang dicipta untuk menyingkirkan bug dan memberikan pengalaman bermain dengan lebih baik.

Oh ya! Selain untuk pengguna PC, CM 01/02 juga boleh dimuat turun untuk pengguna Android juga! (maaf pengguna iOS)

Untuk mendapatkan pautan memuat turun dan juga cara-cara memasukkan tampalan dan kemas kini pangkalan data, anda boleh klik di sini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram