Cesc Fabregas Sentiasa Bersedia Untuk Bantu Pemain Muda Chelsea Menangani Tekanan

Fabregas

Pemain tengah berpengalaman, Francesc ‘Cesc’ Fabregas mahu mencurahkan segala pengalaman yang dimilikinya kepada pemain muda Chelsea serta menegaskan beliau masih bersemangat untuk terus beraksi.

Pemain antarabangsa Sepanyol yang bakal menjejaki usia 31 tahun pada 4 Mei nanti berjaya menjaringkan gol tunggal seawal minit ke-4 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika bertemu Swansea City kelmarin.

Kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi liga itu meneruskan usaha Chelsea bagi merebut tempat untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Sudah pasti tekanan memuncak buat kem Chelsea dalam usaha untuk merealisasikan impian untuk berada dalam kedudukan empat pasukan terbaik EPL.

Berikutan itu, sebagai pemain berpengalaman, Fabregas mahu membantu pemain muda dalam pasukan untuk menangani tekanan yang wujud dalam aksi yang berbaki tiga perlawanan sahaja buat Chelsea.

”Saya perlu mengakui bahawa saya tidak lagi gementar. Saya bersedia untuk bersaing. Saya sentiasa bersedia, saya tidak gementar,” jelas Fabregas.

Fabregas
SWANSEA, WALES – APRIL 28: Cesc Fabregas of Chelsea scores his sides first goal during the Premier League match between Swansea City and Chelsea at Liberty Stadium on April 28, 2018 in Swansea, Wales. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

”Saya masih ingat hari pertama saya, latihan pertama saya bersama skuad utama, saya tidak merasai apa-apa dalam apa sahaja dilakukan, tetapi saya mempunyai semangat untuk terus bermain, tetapi dengan cara yang baik, bukannya dengan gementar. Tetapi saya merasakan ianya datang dengan pengalaman.”

”Semestinya (saya akan membantu pemain muda). Ianya bagus untuk selalu dikelilingi dengan pemain yang memberikan anda keyakinan dan saya merasakan ianya penting.”

”Apabila anda masih muda, walaupun saya selepas 15 tahun, saya melakukan kesilapan, setiap manusia melakukan kesilapan.”

”Tetapi apabila anda tahu yang anda merupakan pemain muda dan semua orang memandang kepada anda, mungkin anda akan nampak apa yang boleh dilakukan, menunjukkan kepada saya apa yang anda boleh lakukan.”

Baki tiga perlawanan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris bakal menemukan The Blues dengan Liverpool, Huddersfield Town dan Newcastle United.

Selepas itu Cesc Fabregas dan rakan sepasukan akan berkunjung ke Stadium Wembley bagi pertemuan akhir Piala FA menentang Manchester United pada 20 Mei.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN