Ceritakan Kisah Bola Sepak Anda!

Kerjasama Semuanya BOLA

#KaranganBolaSepak

Kita semua ada satu perkara yang amat cintai, dan kami yakin bola sepak adalah salah satunya bukan?

Rasa cinta ini boleh dizahirkan dengan pelbagai cara, dan salah kaedahnya adalah menerusi tulisan.

Itulah yang cuba dilakukan oleh rakan kami di Padang Bola Sepak (PBS), yang kini mewujudkan inisitatif #KaranganBolaSepak.

#KaranganBolaSepak adalah kempen dimana PBS mengajak seluruh komuniti bola sepak di negara kita untuk menceritakan kisah antara anda semua dengan bola sepak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ianya boleh jadi pelbagai cerita, sama ada mengenai kenangan perlawanan pertama anda tonton di stadium, rasa cinta anda kepada sesebuah pasukan atau pengalaman berkunjung ke gelanggang pasukan Eropah kegemaran anda.

Sebagai contoh, kami siarkan kisah menarik dari bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal dan mantan siarawan Astro Arena, Rizal Hashim yang diterjemah dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia:

Pengharapan oleh Datuk K. Rajagobal (mantan jurulatih Malaysia)

Menentang Indonesia dalam perlawanan pertama memang tak pernah mudah tetapi saya yakin yang pemain saya mampu memberikan keputusan positif malam itu.

Harapan itu bukannya harapan membuta tulis tetapi hasil dari usaha yang dilakukan para pemain sejak 2002; Norshahrul Idlan Talaha mendapatkan gol pertama dan kami mendahului Indonesia selepas 18 minit.

Menentang Indonesia dalam perlawanan pertama di Stadium Gelora Bung Karno yang cukup sesak dengan penyokong mereka memang tak mudah untuk baki 70 minit perlawanan.

Saya tak perlu beritahu anda bagaimana perlawanan ini berakhir kerana kita kalah 5-1 dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2010.

Kredit: football-uniform.seesaa.net

Saya ingin tahu apa yang anda rasa sebagai penyokong selepas kita kalah 5-1 dengan Indonesia?

Adakah anda masih penuh dengan harapan atau ianya sudah pudar?

Tahun 1980 – titik permulaan oleh Rizal Hashim (mantan siarawan Astro Arena)

Ianya ialah perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Merdeka, menyaksikan Soh Chin Aun dan rakan-rakan berjersi kuning, menentang Atlas Lions, Maghribi.

Aku tak berapa ini bagaimana arwah ayah aku membeli tiket itu semua. Mesti dapat di kaunter ni. Aku cuma ingat di mana aku berada sewaktu Labd Khalifa mengambil sepakan percuma yang kemudiannya menjadi gol kemenangan Maghribi.

Aku berada betul-betul di belakang gawang Chow Chee Keong, secara tiba-tiba, Khalifa berdiri betul-betul di luar kotak 18 ela di sebelah kanan pintu gol Malaysia, menghantar sepakan percuma yang kemudiannya terbias ke jaring oleh penjaga gol yang dipanggil dari Hong Kong itu.

Seperti rakyat Malaysia yang lain di Stadium Merdeka, aku tergamam dengan gol minit akhir itu. Kami semua tahu ianya hampir mustahil untuk kembali dalam perlawanan ini dengan permainan berbaki 10 minit sahaja.

Macam mana boleh terjadi? Chee Keong, berjersi biru, tidak bersedia! Benteng pertahan tidak dibna! Takkan ada ‘wisel hantu’ yang memerangkap pertahanan Malaysia? Semua itu bermain di fikiranku.

Arghhhh… Aku dan ayah pulang ke rumah penuh kekecewaan.

Setia dengan bola sepak tempatan oleh Hazeem Din (peminat Kuala Lumpur)

Setia. Satu perkataan yang begitu mendalam maksudnya, setia boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara termasuk bola sepak.

Rasa tertarik untuk berkongsi kisah saya sendiri bagaimana bola sepak itu membuatkan saya setia dengan sesuatu perkara. Iaitu setianya saya terhadap pasukan kebangsaan dan pasukan tempatan kegemaran walaupun mengalami naik dan turun.

Berbalik pada tahun 2010 – ketika itu masih di sekolah asrama, sejujurnya pada masa itu saya tidak mengikuti bola sepak tempatan melainkan hanya mengenai pasukan kebangsaan. Pada masa itu saya amatlah mengikuti rapat perkembangan pasukan luar kegemaran saya, Man Utd sehingga sanggup meminta ayah mesej saya mengenai perlawanan pada awal pagi Rabu/Khamis.

Kebetulan ada beberapa rakan mengusik saya dengan bertanya “Takkan support MU je kot? Local team tak ada ke? KL apa cerita?”. Mungkin soalan itu ditanya kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di KL. Pada masa itu saya belum faham lagi erti kebanggaan dan kesetiaan. Apa yang saya tahu menang, menang dan menang.

Selepas Malaysia memenangi Piala AFF 2011, barulah saya perlahan-lahan mengikuti bola sepak tempatan. Namun ketika itu masih belum ada pasukan yang hendak disokong, sekadar untuk ambil tahu pengetahuan penting mengenai kancah bola sepak tempatan. 

Mahu tahu apa sambungannya kesemua artikel ini? Boleh tuju ke laman sesawang Padang Bola Sepak untuk ketahui pengakhiran cerita ini serta perkongsian-perkongsian lain.

Anda juga boleh menyumbang

Rasa nak turut serta? Anda juga boleh turut serta dalam kempen ini dengan menyumbangkan kisah anda.

Caranya, hantarkan #KaranganBolaSepak anda sepanjang 500 hingga 1000 patah perkataan berserta gambar ke [email protected] dan cerita anda akan disiarkan di seluruh platform media sosial mereka.

Selamat menulis!

Baca juga artikel kami mengenai Covid-19:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram