CEO Kedah Sahkan Cerita Tentang Sumareh, Liridon Hanya Spekulasi

Khamal Idris Ali Kedah Sumareh Liridon 2021

Akhirnya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali bersuara tentang khabar angin mengenai Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Sebelum ini tersebar spekulasi kemasukkan dua pemain naturalisasi negara, Sumareh dan Liridon dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kedah. Dan lebih menarik, sebelum itu, dikatakan akan berlaku pertukaran pemain secara pinjaman antara Kedah dan JDT.

Kedah yang dikatakan sudah berjaya mendapatkan Sumareh dari Police Tero FC akan pinjamkannya ke JDT, sementara Liridon pula bakal dipinjamkan dari JDT ke Kedah.

Semuanya BOLA telah mengulas isu tersebut dengan menyatakan ia sesuatu yang agak janggal dan mungkin agak mustahil untuk berlaku pada ketika ini.

Berita Harian melaporkan Khamal menafikan bahawa kedua-dua pemain itu bakal menyertai Kedah dan ianya hanya spekulasi yang cuba dimainkan di media sosial.

Katanya, “Media sosial itu biasa, adakah [berita] di media sosial itu satu benda yang pasti? Setakat ini kelab kita tiada info atau perjumpaan. Itu hanya spekulasi.”

“Tak ada apa [perbincangan dengan Sumareh dan Liridon]. Buat tak tahu sahaja, nama pun media sosial. Dia boleh baling batu dan sembunyi tangan. Tapi orang boleh percaya, itu yang bahaya.” ulasnya lagi mengenai khabar angin tersebut.

Khabar mengenai Liridon sudah lama tersebar dan cerita tentang Sumareh baharu sahaja timbul sebaik sahaja kelabnya di Thai League 1 tidak melanjutkan kontraknya.

Begitupun, Khamal menjelaskan Kedah sentiasa melihat cara untuk mengukuhkan pasukan dengan kemasukkan pemain-pemain baharu. Menurutnya, kemasukkan pemain-pemain baharu sama sahaja, juga berlaku kepada semua pasukan.

“Pemain baharu biasa sebab mana-mana pasukan pun ada. Cuma nanti Menteri Besar akan umum. Kejutan ini hanya akan ada pemain baharu sahaja, yang lain saya ingat tiada isu apa-apa,” jelasnya tentang ‘kejutan’ yang disebut oleh Menteri Besar.

“Setiap tahun persiapan pasukan berbeza, kalau kata kita ambil Sergio Aguero itu baru kejutan. Kita persiapkan pasukan supaya lebih mantap dari tahun lalu, itu saja yang kita buat,” tambahnya yang akhirnya telah menamatkan spekulasi tiada asasnya.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel mengenai Kedah Darul Aman:

Melihat Kepada Kemungkinan ‘Perjanjian’ Pinjaman Pemain Antara Kedah, JDT

Syarikat Automotif, Kelengkapan Pertahanan Jadi Pemilik Saham Terbesar Kedah

Akhbar Singapura Ini Sahkan Anumanthan Mohan Sarung Jersi Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN