CEO Dortmund Sahkan Berita Bolt Berlatih Dengan Kelab Tersebut Bukan Satu Troll

CEO Borussia Dortmund (BvB) Hans-Joachim Watzke mengesahkan berita Usain Bolt yang akan berlatih bersama-sama dengan Die Schwarz-Gelben bukan satu jenaka (troll). Ia adalah benar.

“Ia bukan satu jenaka, ia bukan juga kerana stunt pemasaran.”

Watzke menjelaskan dengan lebih lanjut kepada majalah kickers:

“Usahasama ini lebih kerana kami sama-sama bernaung di bawah penaja, Puma. Usain Bolt menghubungi kami untuk berlatih bersama-sama kami.”

“Perkara ini sudah kami bincangkan sebelum ini, CEO Puma Bjorn Gulden memberitahu kami bahawa Bolt sangat berminat untuk berlatih dengan kami dan bertanya sama ada boleh direalisasikan?”

“Benda ini tidak ada masalah untuk kami, ia satu penghormatan untuk kami. jurulatih Thomas Tuchel juga menyukai idea ini.”

“Pasukan ini juga sukakan idea ini dan kami sudah bercakap-cakap tentang perlumbaan antara manusia terpantas di dunia dengan Pierre Emerick Aubameyang di pusat latihan.”

“Bukan senang untuk menerima kunjungan orang seperti beliau (Bolt), dia mungkin tidak akan datang dalam perlawanan penting UCL ataupun pra-musim. jadi, kami sangat berbesar hati dengan kehadiran beliau di sini.”

bolt1

Ketika wartawan bertanya sama ada Bolt mungkin berpeluang untuk menyertai BvB selepas ini? Watzke menjawab ringkas:

“Kita tak perlu bercakap pasal hal itu.”

Reaksi beliau dengan jelas menyatakan kerjasama kali ini bukan berkaitan dengan bola sepak, ia lebih kepada untuk kecergasan.

Bolt Mahu Jadi Pemain Bola Sepak

bolt

Bolt sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk menukar karier daripada balapan kepada padang bola sepak. Bolt memang dikenali dengan minatnya yang kuat dengan bola sepak.

Bolt juga merupakan peminat no.1 Manchester United dan pernah beberapa kali melawat pusat latihan dan juga perlawanan rasmi The Reds Devil.

Adakah Bolt akan menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nanti?

Baca juga : Meraikan Genap 20 Tahun Piala AFF Dan Penglibatan Skuad Malaysia

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply