Catat Seri Ke-13, Arteta Anggap Arsenal Masih Jauh Daripada Apa Dimahukannya

Mikel Arteta gembira dengan kekentalan pertahanan Arsenal dalam aksi seri 0-0 di Burnley. Namun pengendali dari Sepanyol itu mengakui pasukannya masih jauh daripada apa yang beliau mahukan ketika menyerang.

Rekod kemenangan 11 perlawanan berturut-turut ke atas Burnley oleh Arsenal, berakhir semalam, di Turf Moor. Malah pasukan tuan rumah hampir mengaibkan Arsenal, cuma percubaan jarak dekat Jay Rodriguez gagal menerjah gawang.

Arsenal terus kekal jauh daripada empat teratas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dan mereka kini hanya menang dua daripada 17 perlawanan terakhir mereka, termasuk hanya satu kemenangan dalam tujuh pelawanan liga sejak Arteta mengambil alih.

Mengulas mengenai aksi yang mengecewakan, Arteta memberitahu Sky Sports: “Kami perlu meningkatkan kualiti kami secara keseluruhan.”

“Arsenal sangat jauh dari apa yang saya mahu, dari segi serangan yang berterusan dan menjadi pasukan yang sukar dijangka ketika menyerang. Namun ini semua satu proses [dalam transisi].”

“Kami mencipta beberapa peluang, namun gagal menyempurnakannya.”

“Saya sangat gembira dengan aksi 15-20 minit pertama. Terutama sekali dengan cara kami menonjolkan diri dalam permainan, cara kami mengawal permainan, serta beberapa peluang yang kami hasilkan.”

“Dan kemudiannya kami berada di kemuncak permainan. Saya berpandangan, kami mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan satu atau dua gol dalam masa tersebut.”

“Namun selepas 20-25 minit, kami mula memberikan beberapa hantaran yang lemah, memberikan lawan sepakan percuma, lontaran ke dalam – dan fasa ini, sangat sukar kami nak mengeluarkan diri kami daripadanya.”

Arteta memuji prestasi pertahanan Arsenal yang telah menunjukkan banyak peningkatan.

Perlawanan tamat 0-0. Arsenal kini berada di tangga kesepuluh dalam liga. Mencatatkan 13 seri daripada 25 perlawanan setakat ini. Mereka kekal 10 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat.

Saksikan rangkuman aksi Arsenal di sinni:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN