CAS Benarkan Chelsea Beli Pemain Januari 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Chelsea kini boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan untuk membeli pemain pada jendela perpindahan pemain, Januari 2020 yang akan datang.

Ini selepas mahkamah timbang Tara Sukan Antarabangsa ataupun CAS, telah meringankan hukuman mereka kepada separuh.

Berikut adalah kenyataan daripada CAS:

“Jawatankuasa rayuan FIFA menerusi keputusan yang bertarikh 11 April 2019, di mana pasukan Chelsea telah didapati bersalah melanggar peraturan FIFA menerusi Status dan Perpindahan Pemain (RSTP).”

“Kesannya pasukan Chelsea FC telah digantung daripada mendaftarkan sebarang pemain baharu – sama ada pemain tempatan ataupun antarabangsa – untuk dua jendela perpindahan pemain berturut-turut.”

“Chelsea telah didenda 600,000 Swiss dan diberikan amaran keras kerana kesalahan mereka. Tindakan telah diambil oleh CAS.”

“Dan kini hukuman yang dijatuhkan ke atas Chelsea telah diringankan kepada digantung hanya satu jendela perpindahan sahaja – yang mana hukuman itu telah mereka jalani pada perpindahan musim panas 2019 yang lalu.”

“Chelsea diarahkan untuk membayar denda kepada FIFA sebanyak 300,000 Swiss dan diberikan amaran agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.”

Berita ini pastinya menggembirakan Frank Lampard yang sebelum ini sudah menyatakan beliau mahu mendapatkan pemain baharu.

Chelsea kini dibarisi oleh ramai pemain muda. Lampard boleh membeli berapa bintang bola sepak senior untuk dibawa masuk ke dalam pasukannya.

Antara bahagian yang dijangka akan diberikan perhatian untuk diperkuatkan lagi oleh Frank Lampard ialah barisan pertahanan dengan membeli bek tengah yang baharu.

Chelsea juga mungkin akan mendapatkan pemain penyerang.

Namun, sama-sama Kita tunggu apa yang bakal dilakukan oleh Chelsea pada jendela perpindahan Januari 2020.