Carragher: “Sudah Tiba Masanya Kritikan Terhadap Lukaku Ditamatkan”

Bagaimana prestasi Romelu Lukaku di Manchester United ketika ini?

Bagi rata-ratanya peminat mereka ternyata gembira dengan prestasi penyerang Belgium itu yang menjaringkan 7 gol dalam 7 perlawanan yang merentasi pelbagai kejohanan.

Namun begitu, beliau seperti pemain bola sepak lain tidak lari dari kritikan orang ramai.

Walaupun beraksi cemerlang, beliau sering dipandang serong kerana tidak bermain seperti bekas penyerang Chelsea iaitu Didier Drogba.

Tapi apa kena mengena Lukaku dengan Drobga?

Kaitannya adalah Lukaku sering dianggap Didier Drogba yang seterusnya berdasarkan susuk tubuh yang besar serta berasal dari Chelsea.

Namun begitu bagi Jamie Carragher, beliau berasakan Lukaku bukanlah pemain yang akan menjadi penyerang seperti mana Drogba satu ketika dahulu.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk kritikan terhadap Lukaku dihentikan.”

“Kebanyakkan orang menggangap Lukaku akan menjadi penyerang seperti Drogba. Tetapi hakikatnya, cara permainan mereka berdua berbeza.”

Bagi Carragher, Lukaku lebih ke arah ciri-ciri penyerang seperti Ruud Van Nistelrooy dan juga Andy Cole yang profilik di hadapan pintu gol.

“Rekod jaringan gol yang dimiliki Lukaku cukup hebat dan saya yakin ia akan berterusan di Manchester United. Pada saya, beliau lebih kepada ciri-ciri penyerang seperti Andy Cole dan Ruud Van Nistelrooy.”

“Lukaku tidak seperti Drogba. Drogba merupakan pemain yang masih lagi boleh menjadi pemain terbaik perlawanan walaupun tanpa menjaringkan gol. Beliau akan mendominasi pertahanan lawan dan kucar-kacirkan mereka.”

Sumber:

  1. Football 365 (2017): Carra: Lukaku more like Van Nistelrooy than Drogba; http://www.football365.com/news/carra-lukaku-more-like-van-nistelrooy-than-drogba

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN