Carragher Akui Kesilapan Liverpool, Mohon Maaf Kepada Evra Isu Perkauman Suarez

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher memohon maaf kepada Patrice Evra mengenai T-shirt yang digunapakai pasukan itu untuk menunjukkan sokongan kepada Luis Suarez – selepas pemain Uruguay itu didakwa menggunakan perkataan berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Manchester United itu pada 2011.

Selepas dua bulan siasatan, Suarez akhirnya digantung sebanyak lapan perlawanan oleh pihak Football Association (The FA) pada 21 Disember tahun tersebut.

Sehari selepas itu, keseluruhan skuad Liverpool memakai T-Shirt yang bertulis ‘Suarez 7’ ketika memanaskan badan dalam perlawanan menentang Wigan.

Selepas hampir lapan tahun insiden Suarez-Evra itu berlaku, kini Carragher mengakui Liverpool tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Ketika bercakap kepada Sky Sport bersama-sama Evra sebagai panel di Sky Sports, bekas pemain pertahanan England itu berkata:

“Tiada keraguan, kami [Liverpool] telah melakukan kesilapan yang besar; ia amat jelas.

“Pada ketika itu selepas makan tengah hari, kami seterusnya mengadakan perjumpaan sesama pemain. Saya tidak pasti jika ia adalah idea pengurus [Kenny Danglish] atau pembanu jurulatih [Steve Clarke] – yang bertanya kepada salah seorang pemain sama ada masih perlu untuk memakai t-shirt tersebut.

“Itulah kali pertama saya mendengar mengenai cadangan tersebut. Saya enggap berbohong dengan mengatakan saya bukan dari sebahagian daripada kejadian ini, kerana sebagai sebuah kelab ianya tidak sepatutnya berlaku. Dan saya adalah pembantu kapten pada ketika itu.

“Saya tidak berpendapat ia [idea] mempunyai kaitan dengan pengurus. Ia mungkin datang dari kalangan pemain yang rapat dengan Suarez, yang benar-benar mahu memberikan sokongan kepada beliau.

“Hari ini saya perlu melihat kepada diri sendiri dan mengaku bahawa saya tidak cukup kuat sebagai seorang individu untuk tidak memakai t-shirt tersebut.

“Saya tidak fikir semua pihak di Liverpool FC berpendapat ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, tetapi sebagai sebuah kelab bola sepak, atau sebagai sebuah keluarga tindakan pertama ialah untuk memberikan sokongan walaupun anda tahu [Suarez] bersalah. Dan perkara itu adalah satu kesilapan.

Patrice Evra yang turut berada di konti bersama-sama Caraggher mendegar penjelasan tersebut sebelum menjelaskan reaksi beliau pada ketika itu pula berkata:

“Ketika saya melihat perkara itu, saya berpendapat ia amat mengarut. Ini satu perkara yang sukar dipercayai.

“Ini kerana anda meletakkan kelab anda di dalam bahaya dengan bertindak sedemikian. Anda harus memberikan sokongan kepada pemain anda kerana beliau [Suarez] dari pasukan anda, tetapi ia harus dilakukan selepas hukuman selesai.

“Jika ia dilakukan sebelum [hukuman] atau pada ketika belum ada keputusan hukuman, saya juga boleh faham perkara itu.

“Tetapi mesej apakah yang anda [Liverpool] mahu sampaikan ke seluruh dunia? Dengan menunjukkan sokongan [simpati] kepada seseorang yang digantung kerana menggunakan perkataan berbaur perkauman?”

Satu laporan dari pihak The FA mendedahkan mengenai insiden tersebut pada Disember 2011. Selepas diterjah, Evra bertanya kepada penyerang Liverpool itu mengapa Suarez perlu menyepak beliau.

Penyerang Uruguay itu kemudiannya menjawab: “Kerana anda [berkulit] hitam.”

Dan apabila Evra melakukan terjahan, pemain pertahanan Manchester United itu mencabar Suarez untuk mengulangi apa yang dikatakannya, agar beliau boleh bertindak menumbuk penyerang Liverpool itu.

Suarez kemudiannya menjawab: “Saya tidak bercakap kepada [individu] berkulit hitam.”

Sepanjang perlawanan, Suarez juga didakwa menggunakan perkataan “negro” sebanyak tujuh kali.

Walaupun menampilkan protes dalam perlawanan menentang Wigan, Liverpool akhirnya memutuskan untuk tidak melakukan rayuan hukuman gantung kepada Suarez pada 3 Januari 2012 – walaupun bertegas Suarez tidak bersalah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN