Carlton Cole Sah Sertai Kelab Indonesia Persib Bandung

Bekas pemain Chelsea dan juga West Ham United, Carlton Cole telah menyertai kelab Liga Indonesia iaitu Persib Bandung.

Beliau kini menyertai seorang lagi bekas pemain Chelsea iaitu Michael Essien untuk beraksi di kelab tersebut sebagai sebahagian daripada revolusi besar-besaran Liga Indonesia.

Jersi 12

Cole sudah pun tiba di Indonesia semalam untuk menjalani ujian perubatan bersama dengan pihak kelab.

Beliau tiba di Graha Persib dan kini telah pun mengesahkan perpindahan beliau ke kelab tersebut yang pastinya akan menjadi berita sensasi di Indonesia.

https://twitter.com/persib/status/847280814329094144?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fbola.kompas.com%2Fread%2F2017%2F03%2F30%2F10284738%2Fdi.persib.carlton.cole.pakai.nomor.kostum.12

Di Persib Bandung nanti, Cole bakal menyarung jersi bernombor 12 yang merupakan nombor yang lazim beliau sarung sepanjang karier beliau.

Sudah dalam radar

Berjayanya Persib Bandung mendapatkan khidmat Cole menandakan berjayanya matlamat pengendali mereka, Djadjang Nurjaman untuk mendapatkan khidmat beliau.

Menurut laporan Kompas, Djadjang berkata Cole memang berada dalam radarnya selain mendapatkan Michael Essien dan juga bekas pemain West Bromwich Albion – Peter Odemwingie.

“Saya sebelum ini telah menyasarkan beberapa nama seperti Peter Odemwingie.”

Djadjang juga menafikan pembelian Cole sebagai pemain pilihan kedua beliau selepas gagal mendapatkan Odemwingie.

“Saya dapatkan khidmat Cole bukanlah kerana sebelum ini saya gagal dapatkan khidmat Odemwingie. Sebaliknya nama Odemwingie dan juga Cole memang sudah ada dalam sasaran saya.”

Apapun, selamat datang ke Persib Bandung buat Carlton Cole!

Baca juga: Michael Essien Sah Sertai Kelab Indonesia Persib Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram