Carlo Ancelotti Mahu Ke Liga Perdana Inggeris Selepas Dipecat Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Carlo Ancelotti yang baru sahaja dipecat sebagai pengurus Bayern Munich, memberikan bayangan bahawa beliau tidak mahu bercuti terlalu lama dan bakal menjadikan Liga Perdana Inggeris sebagai destinasi terbaru beliau selepas ini.

Ancelotti dipecat selepas permulaan yang kurang baik dipamerkan anak buahnya apabila hanya mencatatkan 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam saingan Bundesliga.

Kemuncak kemarahan pengurusan atasan Bayern Munich terhadap Ancelotti adalah apabila kelab Bavaria itu tewas 3-0 ditangan Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Menurut The Telegraph, Ancelotti lebih memilih untuk kembali mengurus pasukan di Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir beliau berkhidmat bersama Chelsea pada tahun 2011.

Beliau masih mempunyai rumah di London ketika bersama Chelsea, dimana telah memberikan kejayaan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Perisai Komuniti sepanjang 2 musim beliau di Stamford Bridge.

Dengan berita tersebut, West Ham United merupakan antara calon utama kelab yang bakal menjadi perhatian pengendali dari Itali berkenaan.

Carlo Ancelotti
LONDON, ENGLAND – APRIL 20: Fernando Torres of Chelsea sits on the bench as manager Carlo Ancelotti looks on during the Barclays Premier League match between Chelsea and Birmingham City at Stamford Bridge on April 20, 2011 in London, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Pengurus West Ham United, Slaven Bilic kini berada dalam tekanan untuk kekal bersama pasukan sekiranya gagal menghadirkan keputusan yang positif ketika bertemu Swansea di laman sendiri pada Sabtu ini.

The Telegraph turut menambah bahawa pihak West Ham United pernah menghubungi Carlo Ancelotti sebelum mereka mendapatkan khidmat Bilic pada tahun 2015.

Dengan kontrak Bilic yang sudah mencapai tahun terakhirnya, The Hammers dikhabarkan akan sekali lagi untuk mendapatkan pengurus berpengalaman itu.

Memetik kembali kata-kata Ancelotti pada tahun 2011 : ”Saya akan melatih West Ham, mengapa tidak? Suasana disana luar biasa. Tidak kira jika anda menguruskan pasukan ditangga teratas atau pasukan yang lebih kecil. Yang lebih penting adalah untuk bekerja.”

Selain daripada Ancelotti, Roberto Mancini dan Rafa Benitez turut dikaitkan untuk mengisi kerusi panas yang sedang diduduki Slaven Bilic itu.

Sumber :

Daily Star (2017) – http://www.dailystar.co.uk/sport/football/648557/Carlo-Ancelotti-Premier-League-job-Bayern-Munich-West-Ham-Slaven-Bilic-Gossip-News