Carlo Ancelotti Beri Sebab Kenapa James Rodriguez Cepat Sesuaikan Diri

James Rodriguez

James Rodriguez yang baharu sahaja menyertai Everton dari Real Madrid pada September lalu dilihat tidak langsung berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kelahiran Cucuta, Colombia itu tampil dengan begitu cemerlang apabila beliau berjaya meledakkan tiga jaringan dan mencipta dua bantuan jaringan pada empat perlawanan awal saingan EPL 2020/21.

Perkembangan terkini itu sudah pastinya menggembirakan para penyokong The Toffees susulan keupayaan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu mencatatkan rekod kemenangan bersih kempen EPL setakat ini.

Melihatkan kepada pakej yang dimiliki oleh pemain berusia 29 tahun itu, Ancelotti melihat James Rodriguez sememangnya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu buatnya.

Kenyataan itu ada kebenarannya kerana Rodriguez sebelum ini pernah merasai pengalaman beraksi di negara kuasa besar bola sepak dunia seperti Argentina, Portugal, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

”Pemain yang berkualiti [merujuk kepada James Rodriguez] tidak berdepan dengan masalah terhadap perkara tersebut. Kualitinya tetap ada kerana bola sepak ini tidak terlalu rumit.”

”Padangnya sentiasa sama, lawan yang dihadapi juga sentiasa 11 orang, bolanya sama, pintu gol juga tidak berubah.”

”Bola sepak ini begitu ringkas. Ia tidak sulit,” ujar Ancelotti menurut laporan AS.

Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi di Goodison Park, Everton meneruskan momentum kemenangan bersih apabila berjaya menewaskan Brighton 4-2 menerusi dua jaringan daripada James Rodriguez manakala masing-masing satu gol disumbangkan oleh Dominic Calvert-Lewin dan Yerry Mina.

Jaringan pasukan pelawat yang dibimbing Graham Potter itu pula dihasilkan oleh Neal Maupay dan Yves Bissouma. Kemenangan itu meletakkan Everton di tangga teratas liga dengan 12 mata.

Kedudukan itu bagaimanapun akan berubah sekiranya Leicester City dan Liverpool mencatatkan kemenangan pada aksi malam dan pagi nanti.

Kredit featured image: Bradley Collyer – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Carlo Ancelotti:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN