Carles Puyol: “Real Madrid Kini Terseksa Selepas Pemergian Cristiano Ronaldo”

Real Madrid kini menghadapi detik-detik yang cukup sukar pada musim ini.

Dalam saingan domestik, mereka beraksi cukup longlai dan ianya membuatkan kedudukan pengurus Julen Lopetegui kini berada dalam bahaya.

Kini, mereka menghadapi cabaran terbesar setakat ini apabila akan menentang Barcelona dalam saingan El Clasico pada hari Ahad.

Namun apa punca disebalik semua ini?

Menurut laman MARCA, bekas pemain Barcelona iaitu Carles Puyol mengatakan semua ini berlaku kerana ketiadaan Cristiano Ronaldo.

Jelas sekali menurut Puyol, Real Madrid terkesan atas pemergian pemain itu ke Juventus.

“Kalau ikut logik akal, apabila pemain terbaik meninggalkan satu-satu pasukan, pastinya mereka akan menjadi teruk.”

“Real Madrid perlu mencari penyelesaian kerana mereka terlalu mengharapkan kepada gol Cristiano Ronaldo sahaja. Mereka perlu ubah cara mereka bermain.”

“Mereka perlu gantikan pemain yang selama ini menjaringkan gol untuk mereka, dan gantikan dengan taktikal yang baharu.”

Perlawanan El Clasico pada Ahad ini ibarat pertemuan antara dua darjat.

Hal ini kerana, Barcelona dan Real Madrid jelas berada dalam tahap prestasi yang berbeza.

Barcelona kini berada di prestasi yang baik sementara Real Madrid mengalami masalah untuk konsisten dalam setiap perlawanan.

El Clasico kali ini juga akan sedikit suram kerana Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak akan beraksi kerana kecederaan dan seorang lagi sudah berpindah ke Itali.

Tetapi pastinya akan ada pemain lain yang akan muncul dan mencuri tumpuan kita semua. Tetapi siapakah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN