Carilah Penyelesaian Terbaik Untuk Liga Malaysia

Shahrel Fikry Park Tae-soo Perak Sabah Liga Super 2020

Isu wabak Covid-19 yang masih lagi belum menampakkan tanda-tanda untuk reda di negara kita menyaksikan Liga Malaysia akan lebih lama untuk kembali disambung semula.

Ketidaktentuan mengenai Liga Malaysia akibat wabak ini pastinya menggusarkan ramai pihak. Bukan sahaja penyokong, malah pemain dan juga pengurusan.

Oleh itu, legenda bola sepak negara iaitu Datuk Hassan Sani meminta agar penyelesaian seadilnya dicari dalam memastikan kalendar bola sepak negara dapat diteruskan.

Kata beliau, semua pihak perlu bertolak ansur dalam situasi ini serta bersabar kerana wabak penyakit ini datang bukan dari kawalan mereka.

“Apabila berlaku perkara seperti ini, semua pihak perlu duduk semeja dan berbincang terutamanya mengenai gaji dan kebajikan pemain agar mereka dapat lebih memahami antara satu sama lain.”

kerana apa yang berlaku bukan melibatkan saingan di Malaysia sahaja tetapi liga antarabangsa di seluruh dunia juga, malah ada antara mereka di luar negara yang sedia dipotong gaji.”

Tambah Hassan, ianya memerlukan perbincangan yang baik antara semua pihak terutamanya pemain sama ada mereka tidak kisah untuk memotong gaji mereka atau tidak.

Hassan juga mahu semua pihak bersabar dengan situasi ini, kerana ianya melibatkan semua pihak dan komuniti bola sepak tidak terkecuali dengan bahaya wabak Covid-19.

“Saya harap semua pihak dapat bersabar kerana benda yang berlaku bukan kita yang minta dan ia melibatkan keselamatan semua orang.

Buat masa ini, pihak Malaysian Football League (MFL) dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih memantau perkembangan wabak ini sebelum memutuskan arah tujuan musim CIMB Liga Malaysia 2020.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram