Cardiff City Menang Promosi, Etheridge Pemain Asia Tenggara Pertama Bakal Bermain Di EPL

Persaingan EFL Championship sudah pun berakhir dengan Wolves sudah terlebih awal disahkan juara.

Cardiff Ciy meraih tempat kedua sekaligus meraih tiket automatik untuk bermain dalam English Premier League pada musim hadapan.

Cardiff seri tanpa jaringan menentang Reading. Mereka menaiki divisyen atas ihsan Fulham tewas mengejut kepada Birmingham.

Neil Etheridge bakal menjadi pemain Filipina dan Asia Tenggara pertama yang akan bermain di EPL jika beliau tidak dijual atau ada perkara drastik berlaku.

Beliau meraikannya dengan muat naik status dengan bendera Filipina.

Neil Warnock menjadi pengurus terbanyak dalam sejarah untuk membawa pasukan layak ke liga utama iaitu sebanyak 8 kali.

Tercicir ke zon play-off

Fulham terpaksa beraksi dalam saingan play-off. Mereka bakal berhadapan kelab tangga keenam.

Cottagers ditewaskan oleh Birmingham City yang bergelut untuk kekal dalam Championship . Birmingham mendahului melalui dua gol dalam separuh masa pertama. Salah satu gol tersebut dijaringkan oleh Lukasz Jutkiewicz.

Fulham merapatkan skor pada minit ke-84 melalui Tom Cairney. Namun ia sukar mengejar Birmingham yang menambah gol ketiga beberapa minit kemudian.

Fulham akan dijadualkan menentang Derby County pada 11 Mei 2018. Perlawanan kedua antara pula akan berlangsung pada 14 Mei 2018.

Kelab tangga keempat, Aston Villa akan menentang Middlesbrough. Perlawanan pertama akan diadakan pada 12 Mei 2018. Manakala pertembungan kedua akan bakal berlangsung pada 3 hari kemudian iaitu 15 Mei 2018.

Peraturan gol tempat lawan tidak akan diaplikasikan dalam perlawanan separuh akhir play-off ini sekiranya agregat terikat seri.

Perlawanan akhir play-off akan diadakan di Stadium Wembley pada 26 Mei 2018.

Turun divisyen

Barnsley dan Burton Albion akan beraksi dalam saingan EFL League One musim hadapan. Barnsley tewas kepada Derby dengan keputusan 4 gol berbalas 1.

Preston North End pula menewaskan Burton 2-1. Bolton meraih nafas lega kerana berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Nottingham Forest.

Bolton kekal dalam saingan EFL Championship. Begitu juga Birmingham City dan Reading. Perlawanan terakhir ini juga menyaksikan 5 kelab bergelut untuk elakkan penyingkiran divisyen.

Namun itu sudah takdir buat Barnsley dan Burton Albion.

Siapakah kelab yang anda mahu lihat beraksi di English Premier League musim hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN