Bagaimana Cara Nak Guna iflix Untuk Tonton Perlawanan Liga Malaysia?

Jadi anda mahu menonton perlawanan Liga Malaysia di iflix, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Jangan risau. Kami di Semuanya BOLA akan cuba menjawab segala kemusykilan yang anda ada untuk mula menikmati aksi Liga Malaysia di iflix.

Apakah liga/pertandingan bola sepak Malaysia yang bakal disiarkan oleh iflix?

iflix akan membawakan sejumlah 132 perlawanan unifi Liga Super, unifi Piala Malaysia dan beberapa perlawanan pilihan dari Piala FA serta 100PLUS Liga Premier melalui saluran ‘Football Malaysia on iflix’.

Berapakah jumlah yang dibayar oleh iflix untuk mendapatkan hak penyiaran Liga Malaysia?

Dalam sidang media, iflix menjangkakan kos RM300 juta selama 10 tahun untuk menghasilkan konten untuk Liga Malaysia.

Kami difahamkan RM200 juta bakal digunakan iflix untuk kos produksi sebalik tabir, penerbitan sedutan perlawanan, rancangan hiburan bola sepak serta menerbitkan profil pemain.

Lebihan RM100 juta akan digunakan iflix untuk membayar wang hak penyiaran. Ini bermakna iflix akan menyumbang sekurang-kurangnya RM10 juta kepada 12 pasukan unifi Liga Super dan 12 pasukan 100PLUS Liga Premier.

Apakah itu iflix?

Pada era 90-an dahulu, anda hanya mempunyai 2 pilihan untuk menonton rancangan TV atau filem di kaca TV anda sendiri.

Pertama, anda perlu memeriksa intisari rancangan TV di surat khabar untuk mengenalpasti waktu bermulanya rancangan TV/filem tersebut dan di saluran manakah ia akan disiarkan. Tetapi anda tiada kuasa untuk memilih tajuk rancangan TV/filem tersebut.

Jika anda mempunyai tajuk spesifik untuk rancangan TV/filem yang anda mahu tonton, anda perlukan pilihan kedua – beli pita VHS/CD rancangan TV/filem dan tonton bila-bila masa di rumah anda.

Sekarang dengan iflix, anda sudah boleh menonton rancangan TV/filem yang anda mahu di telefon pintar, tablet, laptop atau TV anda – dan pada bila-bila masa! Apa yang anda perlukan hanyalah capaian internet yang stabil.

Kini dengan saluran The Football Malaysia, anda sudah boleh menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di iflix pada masa yang ditetapkan – seperti TV. Jika anda terlepas masa perlawanan sebenar, anda masih boleh menyaksikan perlawanan pada masa lain.

Saya kurang gemar menyaksikan Liga Malaysia melalui telefon. Bagaimana saya boleh menyaksikannya di TV?

iflix boleh diakses melalui telefon pintar, tablet, laptop, dekstop dan TV.

Jika anda mahu menyaksikan iflix melalui telefon pintar, anda hanya perlu muat turun aplikasi iflix di Google Play store atau App Store.

Jika anda mahu menyaksikan iflix melalui laptop/desktop, anda hanya perlu melawat iflix.com.

Jika anda mahu menyaksikan iflix melalui TV besar anda, anda perlu gunakan Chromecast atau wireless display receiver (berharga sekitar RM40-50).

Tutorial bagaimana menggunakan peranti ini boleh dibaca di sini.

Telefon pintar saya tak canggih. Apakah keperluan minimum untuk menggunakan iflix?

Peranti Apple: iPhone 5 ke atas, sekurang-kurangnya iOS9
Peranti Android: Android 4.4 ke atas
PC: Sekurang-kurangnya Windows 7 atau 8
Mac: Sekurang-kurangnya OSX

Pelayar yang disokong: Chrome 40+, Safari 7+ dan Internet Explorer 11 (sesetengah pelayar mungkin memerlukan anda install Silverlight. Klik ‘install’.)

Bagaimana untuk mendaftar iflix buat kali pertama?

Langkah 1: Daftar sama ada menggunakan akaun Google, Facebook atau emel anda. Satu perkara bagus mengenai iflix adalah, mereka sentiasa memberikan tempoh percubaan sebanyak 30 hari kepada pengguna kali pertama. Jadi anda mempunyai 30 hari untuk mencuba iflix dan menikmati konten-konten mereka.
Langkah 2: Pilih saluran The Football Malaysia untuk memastikan kandungan Liga Malaysia sentiasa terpapar di muka depan iflix anda.
Langkah 3: Dengan memilih saluran The Football Malaysia, perlawanan-perlawanan Liga Malaysia yang bakal disiarkan di iflix akan terpapar di halaman depan iflix anda.
Langkah 4: Anda mempunyai masa 30 hari untuk mengakses kandungan iflix secara percuma.
Langkah 5: Selepas 30 hari, anda perlu mula membayar yuran untuk mengakses konten iflix. Cara untuk membayar adalah dengan menekan ikon 3 garisan melintang di halaman depan.
Langkah 6: Anda boleh memeriksa tarikh luput langganan iflix anda di sini.
Langkah 7: Selepas 30 hari, anda perlu mula membayar yuran langganan. Untuk mula melanggan, pergi ke bahagian ‘Subscribe Now’.

Apakah beza pelan annual subscription, quarterly subscription dan monthly subscription?

Beza pelan: annual subscription, quaterly subscription, monthly subscription

Annual subscription – RM96 untuk 12 bulan atau RM8.00 sebulan.
Quaterly subscription – RM25 untuk 3 bulan atau RM8.33 sebulan
Monthly subscription – RM10 untuk 1 bulan

Apakah beza recurring dan non-recurring?

Beza payment type: recurring dan non-recurring

Recurring – anda mahu iflix terus mengecas bil topup/kad kredit/kad debit anda sebaik sahaja langganan anda sudah mencapai tarikh luput. Ini membolehkan anda menikmati iflix tanpa gangguan.

Non-recurring – anda tidak mahu iflix terus mengecas bil topup/kad kredit/kad debit anda sebaik sahaja langganan anda sudah mencapai tarikh luput. Ini menyebabkan langganan iflix anda sedikit terganggu kerana anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum langganan anda dapat disambung.

Bagaimana pembayaran yuran langganan iflix dilakukan?

Beza payment method: topup, kad debit dan kad kredit

Google play – Dengan servis Google play untuk membuat pembayaran, anda boleh menggunakan kad kredit/debit, kad hadiah Google play (Google play gift card) atau memasukkan bayaran ini dalam bil postpaid anda dengan kaedah ini.

Digi/Maxis/Celcom – Dengan pilihan ini, anda membenarkan yuran langganan iflix ditolak dari baki topup anda.

Add a credit card – Dengan pilihan ini, anda membenarkan yuran langganan iflix dicas ke bil kad kredit/debit anda.

Baik. Bagaimana pula dengan data? Berapa banyak data yang saya perlukan untuk menonton perlawanan Liga Malaysia di iflix?

Kualiti strim perlawanan Liga Malaysia di iflix berubah-ubah mengikut pengguna kerana ia bergantung kepada:

– lokasi (kekuatan capaian internet)
– bandwidth
– kelajuan capaian Internet

Kelajuan muat turun sekurang-kurangnya 5.0 Mbps diperlukan untuk memastikan anda dapat menonton konten HD (720p atau lebih).

Bagaimanapun ketika ini, sudah banyak syarikat telco telah mula menjual pelan data yang menguntungkan pelanggan iflix. Sebagai contoh:

Digi

Jika data sedia ada tidak mencukupi, pengguna Digi Postpaid sentiasa ditawarkan pakej 10GB yang berharga RM5 (tempoh luput: 24 jam) yang dinamakan 10GB Video Freedom untuk menstrim konten dari Astro on the Go, YouTube, viu, tonton, Dailymotion, HyppTV dan iflix.

10GB adalah lebih daripada mencukupi untuk menstrim satu perlawanan bola sepak.

Untuk pengguna Digi Prepaid pula, Digi ada menyediakan pakej Unlimited Video Freedom Lite yang berharga RM1 (tempoh luput: 24 jam) untuk membolehkan anda menstrim konten iflix.

https://twitter.com/shukrifaiz_faiz/status/959326439970521088

Celcom

Bagi pengguna postpaid Celcom, mereka bukan sahaja diberi 2 bulan percuma dan diskaun dalam yuran langganan iflix (hanya RM9 sebulan).

Malah mereka turut mempunyai kuota bulanan 100GB secara percuma (selama setahun) untuk menstrim konten dari iflix, Astro on the Go, YouTube, viu dan tonton.

Bagi pengguna prepaid Celcom pula, mereka hanya dikenakan cas RM7 untuk data 10GB (tempoh luput: 7 hari) yang boleh digunakan untuk menstrim konten iflix.

Maxis

Bagi pengguna postpaid Maxis, mereka tidak mempunyai sebarang promosi dari segi data. Hanya promosi dari segi yuran langganan iflix. Maxis menawarkan sehingga 3 bulan percuma yuran langganan iflix kepada pelanggan MaxisONE mereka.

Pengguna prepaid Maxis pula, tiada sebarang promosi dari segi data dan yuran langganan inflix diberikan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram