Cara Mudah Untuk Anda Memenangi Sepasang Tiket Ke International Champions Cup 2019 Singapura

International Champions Cup 2019

Sebagai menghargai followers SemuanyaBOLA, kami dengan kerjasama International Champions Cup ingin menghadiahkan 10 pasang tiket International Champions Cup 2019 yang bakal berlangsung di Singapura pada 20 & 21 Julai ini kepada 10 pemenang bertuah!

Tiket ini adalah untuk Kategori 1 dan bernilai RM660 sekeping- jadi sepasang tiket bernilai RM1320!

Saksikan pemain-pemain kegemaran anda beraksi di hadapan dari kelab-kelab terbesar Eropah seperti Manchester United, Inter Milan, Juventus dan Tottenham Hotspur.

Caranya mudah sahaja, tak perlu pembelian pun. Hanya isi borang peraduan secara online, jawab soalan mudah dan ikuti langkah-langkah yang ditetapkan untuk mendapatkan markah sebanyak mungkin.

Bagaimana untuk mendapatkan markah tertinggi?

Dengan hanya satu penyertaan, anda boleh kongsikan link referral yang telah diberikan sebaik sahaja anda menjawab soalan dan mengisi borang tersebut.

Hantarkan link referral tersebut kepada seberapa ramai rakan dan kenalan anda.

Sekiranya ramai diantara mereka yang menyertai peraduan ini dengan menggunakan link referral milik anda, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi sepasang tiket ini.

Sertai segera kerana pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2019 di Facebook kami.

Peserta yang mempunyai markah terkumpul yang paling banyak akan memenangi hadiah ini. Jadi jangan lupa share banyak-banyak tau!

Sebagai informasi penting buat anda, Inter Milan dijadualkan bertemu Manchester United pada 20 Julai manakala sehari kemudian, Juventus pula bakal berdepan Tottenham Hotspur.

Kedua-dua perlawanan akan bermula pada jam 7.30 malam.

Bagi anda yang masih belum menyertai peraduan ini, anda hanya perlu klik pada link dibawah untuk turut berpeluang memenangi sepasang tiket tersebut.

Semuanya Bola

P.S: Pihak SemuanyaBOLA hanya akan memberikan tiket perlawanan sahaja, dan tidak akan menanggung kos perjalanan, makanan dan penginapan pemenang di Singapura. Harap maklum.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram