Cara Al-Ikhsan Bantu Pasukan & Penyokong Liga Malaysia

Al Ikhsan Sports Sdn. Bhd (Al-Ikhsan) yang merupakan pengeluar dan pengedar barangan sukan dan gaya hidup aktif terkemuka Malaysia bertekad untuk terus membantu pasukan dan penyokong Liga Malaysia dengan dua cara.

Pertama; dengan menaja pasukan Liga Malaysia. Kedua; dengan menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Pada musim 2020 kali ini, Al-Ikhsan menaja lima pasukan melalui tiga jenama: AL, Umbro dan Lotto.

Jenama AL yang juga merupakan jenama in-house mereka sejak 1994 menaja pasukan Terengganu, PDRM dan Melaka United pada musim ini.

Jenama Umbro dan Lotto pula menaja pasukan Pahang dan Kedah, mengikut urutan. Al-Ikhsan merupakan pemegang hak pengedar eksklusif bagi Umbro dan Lotto di Malaysia.

Sebagai penaja jersi pasukan, Al-Ikhsan bertanggungjawab membekalkan segala kelengkapan jersi, seluar dan stokin untuk pasukan senior di CIMB Liga Super, pasukan bawah-21 di Piala Presiden, pasukan bawah-19 di Piala Belia, pasukan futsal di Malaysia Premier Futsal League dan pasukan wanita di Piala Tun Sharifah Rodziah.

Mereka juga menyedari tanggungjawab sebagai syarikat bumiputera untuk membantu penyokong. Dengan menawarkan kualiti produk tinggi pada harga mampu milik, mereka berharap penyokong dapat menikmati kualiti terbaik daripada produk asli mereka.

Berikut merupakan senarai harga jersi yang ditawarkan untuk musim 2020:

PasukanJenamaHarga
TerengganuALRM99
Melaka UnitedALRM99
PDRMAL RM99
Pahang UmbroRM119
KedahLottoRM109

Berikut pula merupakan rekaan jersi semua pasukan yang ditaja oleh tiga jenama Al Ikhsan untuk musim 2020:

Jersi Terengganu musim 2020

Jersi Melaka United musim 2020

Jersi PDRM musim 2020

Jersi Kedah musim 2020

Jersi Pahang musim 2020

Di mana anda boleh beli semua jersi ini?

Semua jersi ini boleh didapati cawangan butik al-ikhsanSPORTS dan Football Republic di negeri masing-masing.

Jika anda berada di Lembah Klang, anda boleh mendapatkan semua jersi ini di Football Republic Suria KLCC dan Football Republic Sunway Pyramid.

Ayuh sokong pasukan kita dengan membeli jersi original!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN