Captain Tsubasa Sudah Ada Dalam Dunia Sebenar, Menurut Pelukis Asalnya

Siapa yang boleh lupakan Captain Tsubasa?

Kami masih ingat saat-saat ketika kami menonton Captain Tsubasa di TV2. Siri anime ini memberi inspirasi kepada banyak kanak-kanak seperti kami untuk bermain bola sepak.

Asal-usul Captain Tsubasa

awesome_captain_tsubasa_manga_desktop_wallpaper

Bagi anda yang tidak berapa mengenali Captain Tsubasa, ia merupakan siri komik yang mengisahkan tentang Tsubasa Ozora, budak 11 tahun yang fanatik bermain bola sepak. Tsubasa bermula dengan mewakili pasukan bola sepak sekolahnya sebelum membawa Jepun menjuarai Piala Dunia Bawah-17.

Bakat Tsubasa membawa beliau bermain untuk Sao Paulo di liga Brazil sebelum berpindah ke FC Barcelona.

tsubasa-barcelona-champions-league

Dalam siri tersebut, watak-watak lain yang pernah menjadi rakan sepasukan dan lawan Tsubasa juga mendapat tawaran bermain di Eropah. Ada yang bermain di Inter Milan, Juventus, Hamburg SV dan Real Madrid.

Popular di seluruh dunia

Captain Tsubasa sangat popular di seluruh dunia. Bagi kanak-kanak di Amerika Syarikat, Captain Tsubasa dikenali sebagai Flash Kicker. Bagi kanak-kanak di Sepanyol, ia dikenali sebagai Oliver y Benji.

078574

Bermula dari siri komik manga, Captain Tsubasa kemudiannya dianimasikan dalam siri anime dan filem. Selepas dijadikan anime, barulah Captain Tsubasa menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak terutamanya pada era lewat 80-an dan 90-an.

Captain Tsubasa juga dijadikan siri permainan video dalam platform NES, Super Nintendo, Sega CD, Playstation dan GameCube.

Inspirasi pemain seluruh dunia

Captain Tsubasa telah memberi inspirasi kepada banyak pemain bola sepak di Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara. Menurut sebuah artikel Daily Mail, Fernando Torres memberitahu siri anime Captain Tsubasa adalah punca utama beliau mahu bermain bola sepak.

Antara pemain lain yang mengaku Captain Tsubasa adalah inpirasi mereka adalah Alessandro del Piero, Zinedine Zidane dan Lionel Messi.

Ale-CapTsubasa-web

Di Jepun, Captain Tsubasa memberi impak yang sangat besar kepada pembangunan bola sepak mereka. Selain memberi inspirasi, kanak-kanak Jepun akan cuba meniru teknik dan gol cantik yang digambarkan dalam manga dan anime – seperti apa yang dilakukan oleh pemain FC Tokyo, Kosuke Ota ini.

captaintsubasa-compressed

moe3u

Karakter Captain Tsubasa diinspirasikan daripada pemain sebenar?

Menurut Takahashi Yoichi – pelukis asal komik Captain Tsubasa – karakter Tsubasa Ozora atau Captain Tsubasa yang pada asalnya karakter khayalan telah wujud secara realiti pada 2011.

sawa-horz

Saya merasakan bahawa Sawa-san adalah jelmaan dari Tsubasa yang saya gambarkan.

Takahashi Yoichi merujuk kepada kapten skuad bola sepak wanita Jepun, Homare Sawa yang memimpin pasukannya menjulang Piala Dunia 2011.

Dalam final Piala Dunia 2011 tersebut, Jepun berdepan dengan Amerika Syarikat yang ketika itu berada di ranking pertama dunia. Amerika Syarikat mendahului Jepun dua kali.

Tetapi semangat juang pasukan Jepun yang tinggi membolehkan mereka menyamakan kedudukan 2 kali, termasuk gol penyamaan Sawa 3 minit sebelum perlawanan berakhir dan menuju ke penentuan penalti. Dalam penentuan penalti, Jepun akhirnya menewaskan Amerika Syarikat dan menjulang Piala Dunia.

Takahashi Yoichi turut menambah:

Beliau bermain sebagai kapten, memakai jersi nombor 10, dan memimpin pasukan untuk menjuarai Piala Dunia. Beliau juga menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan dan turut menrangkul anugerah pemain terbaik

Yoichi mengaku sudah bertahun- tahun dia menonton bola sepak Jepun dan sering bertanya kepada dirinya: siapakah yang layak menjadi Captain Tsubasa dalam dunia sebenar?

Beliau tidak menyangka watak Captain Tsubasa wujud secara realiti dalam pemain wanita.

Sawa-san merupakan Tsubasa dalam dunia sebenar. Dia mencintai bola sepak dan kegembiraannya bermain bersama rakan-rakannya terpancar melalui ekspresi wajah dan pertuturannya

Kesimpulan

Dalam konteks tempatan, kita juga mempunyai beberapa inspirasi yang membuatkan kita makin bersemangat untuk bermain bola sepak.

Pada awal tahun 2000, kami masih ingat dengan sebuah majalah Islamik, Ana Muslim yang mempunyai siri komik mengenai sebuah pasukan bola sepak kampung yang dinamakan Rajawali FC.

Pada tahun 2007, Ana Muslim memodenkan imej majalah mereka dan komik Rajawali FC mereka.

rajawali1-horz

Untuk siri animasi, kita mempunyai siri Bola Kampung yang mengisahkan kefanatikan Iwan, Azizul dan Sabok dalam bola sepak.

IWAN

Kami mengharapkan siri komik Rajawali FC dan Bola Kampung dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak sebagaimana Captain Tsubasa memberi inspirasi kepada kami untuk bermain bola sepak sehingga sekarang!

 

Baca juga: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Piala Dunia Wanita 2015

Sumber gambar : Brillio, Nippon, Ana Muslim, Getty Images

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN